Bukit Bendera menggamit datang

Thursday, July 30, 2015

Bukit Bendera

Assalamualaikum

Tahu tak korang yang keretapi atau kereta kabel Bukit Bendera dah berusia hampir 92 tahun?...Fuhh punye lama!! Lama dan telah melalui beberapa evolusi sehingga kini.
Mula beroperasi pada 21 Oktober 1923 dengan hanya ada 4 gerabak sahaja. 
Rupa keretapi ni pun dah berubah-ubah. Yang terkini nampak lebih menarik.

Dah lama tak naik ke Bukit Bendera.  Tengok gambar yang kawan-kawan hantar, dah nampak cantik dah kat atas tu. Boleh masuk dalam plan cuti-cuti sekolah ni. Macam la aku ni jauh sangat kannnn.



bukit bendera menggamit datang

Keretapi awal beroperasi di Bukit Bendera. Gambar ni aku dapat daripada wasap kawan-kawan. Rugi pulak kalau tak share kat blog. Sekurang-kurangnya boleh jugak buat koleksi. Tak pernah naik jenis yang ni.

bukit bendera menggamit datang
gambar google. credit pada tuanpunya


bukit bendera menggamit datang
gambar google. credit pada tuanpunya

Keretapi yang ni pernah naik masa dulu.  Bukan main seronok masa ni dapat naik `cable car'. Cerita kat kawan-kawan seminggu tak abis. Tambah-tambah bila dapat tengok monyet bergayut kat pokok.



bukit bendera menggamit datang
gambar google. credit pada tuanpunya

Ni keretapi yang terbaru. Laju sikit. Cepat sikit sampai kat atas. Kat dalam pun rasa selesa sikit, berhawa dingin. Tak la rasa lama sangat dalam gerabak. Bila dah ramai-ramai dalam tu memang macam-macam bau ada terutama masa turun.  Kalau perjalanan makin cepat, takde la rasa sendat hidung sangat. 


bukit bendera menggamit datang
gambar google. credit pada tuanpunya

Sekarang ni persekitaran Bukit Bendera ni dah makin cantik. Kat atas pun banyak perubahan yang dibuat. Sesuai dengan pertambahan pengunjung daripada masa ke semasa.

Aku pernah berkisah tentan bukit bendera kat SINI

Jom berkunjung ke Pulau Pinang.






You Might Also Like

5 comments

  1. Setakat hanya berjaya baca dalam blog kengkawang.. belum berjaya lagi ke sana.. ;)

    ReplyDelete
  2. Lamanyaa tak pergi bukit bendera :)

    ReplyDelete
  3. time pernah dulu masih dlm renovation lg..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook