Review Novel - Cukup Derita Itu Bab 1 - 6

Saturday, June 13, 2015

Cukup Derita Itu - Siti Rosmizah

Assalamualaikum

Curi-curi masa yang ada untuk baca novel ni.  Bila tengok cover novel, rasa macam ditarik-tarik untuk baca. Ada penulis-penulis tertentu yang garapan novelnya berbeza dengan novel-novel yang berkaitan kasing sayang, cinta, hubungan kekeluargaan. Antara penulis yang aku suka gaya penceritaannya ialah Norhayati Berahim dan Siti Rosmizah. Penceritaan ada unsur lama dan baru, keluarga dan masyarakat, kehidupan dan perjalanannya.

Aku akan cuba berkongsi serba sedikit kisah novel ni untuk perkongsian bersama.

Bab 1 - 6

Awal cerita lebih kepada pengenalan watak-watak yang ada. Watak utama adalah pasangan kembar Ellani dan Ellana. Dipelihara oleh ibu saudara selepas kematian ibu  dan bapa mereka. Walaupun dibesarkan oleh orang yang sama tetapi antara kedua kembar ini, mereka melalui liku-liku membesar dalam suasana yang berbeza.
Ellana dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan dijaga makan pakai dan persekolahnnya. Manakala Ellani dibesarkan dengan penuh kebencian dan dendam.  Dendam tentang apa?....Korang kena cari jawapan sendiri.....

"Dah berambus! Aku cakap berambus!! Aku tak ingin nak tengok muka kau lagi!! Aku dah cukup menahan hati selama ni dengan perangai kau! Kau pergilah mana kau nak! Kau jangan melalak kat sini. Kau kan hebat! ..........(m/s51)

novel, siti rosmizah, cukup derita itu, review


Kematian, kehilangan dan hidup yang perlu diteruskan. Itulah yang perlu dilalui oleh pasangan kembar ini.  Demi meneruskan kehidupan Ellani terpaksa menelan semua kepahitan. Namun masih ada yang membela dan simpati. 

Siapakah mereka?...Tunggu  seterusnya nanti......

CDI boleh jugak dibaca di sini :


You Might Also Like

1 comments

  1. wah tajuk dia not bad sangat sangat

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook