Resepi Mudah Juadah Ramadhan - Kari Udang Kacang Panjang

Sunday, June 21, 2015

Kari udang kacang panjang

Assalamualaikum 

Ramadhan hari ke 4.  Hari-hari kena fikir apa juadah yang sesuai untuk keluarga. Bagi aku pulak, kena fikir juadah yang sesuai untuk berbuka dan sahur. Hehe....jimat masa.

Sejak tinggal di utara ni, menu kari memang tak pernah miss dalam seminggu tu. Macam dah jadi menu wajib pulak.  Kali ni aku nak share resepi kari udang kacang panjang.


kari, berbuka puasa, juadah, kacang panjang, udang

Bahan-bahannya :

500gm udang sederhana besar - buang kepala dan ekor udang sahaja
beberapa tangkai kacang panjang - potong-potong
setengah batang karot - potong panjang2
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah- hiris
3 ulas bawang putih - hiris
daun kari
1 sudu teh halba campur
1 biji tomato - hiriskan
Air asam jawa
1 kotak santan @ Rm1 kelapa parut
2 pack rempah kari (rempah kari udang /ikan/daging) - aku ikut ajer stok apa yang ada kat rumah.
minyak untuk menumis
garam, gula secukup rasa

Biasanya aku akan gunakan 2 jenis rempah yang berbeza. Selalunyanya guna rempah kari adabi  dan rempah kari babas. Campurkan. Kari udang ni kebiasaanya aku buat kuah sedikit pekat.

Caranya :

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, daun kari dan halba campur. Selepas naik bau, masukkan tomato yang telah dihiris tadi dan kacau. Tujuannya adalah untuk memekatkan kuah kari nanti.  Selepas agak-agak tomato hancur, masukkan rempah kari terus ke dalam periuk. Kacau dan masukkan sedikit air. Biarkan rempah masak. Masukkan air asam jawa. Kacau lagi sampai rempah pecah minyak. 

Selepas rempah pecah minyak/masak, masukkan santan. Agak-agak lah banyak mana. Aku selalu masak guna 1/2 kotak santan dan campurkan dengan air - ikut banyak mana kuah yang korang nak. Tengok jugak kepekatan kuah. Biarkan kuah mendidih sedikit.

Masukkan udang, bawang besar, kacang dan karot. Jangan lupa sedikit gula dan garam secukup rasa. Biarkan masak. Kalau nak tambah menarik boleh juga masukkan hirisan cili merah, penambah warna dalam masakan.

Selepas mendidih/masak boleh la dihidangkan untuk keluarga.

Kalau masak kari ni, aku gandingkan dengan telur dadar dan kerabu epal pegaga.
Resepi kerabu epal pegaga boleh tengok SINI

Cuba lah !!


You Might Also Like

1 comments

  1. pergh sedapnya tengok lahai.... kami pun makan kari juga selalu hahaha

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook