Penuhi Keperluan bukan Kehendak

Friday, June 26, 2015

Perancangan perbelanjaan menjelang perayaan

Assalamualaikum

Semalam ramai yang poket kembung. Kakitangan kerajaan dah terima habuan masing-masing. Gaji dan bonus yang dijanjikan dah diterima. Ada yang senyum panjang mengusun agenda seterusnya. Hari ni Jumaat, pasti ramai yang menyusun ke mana kita tengahari nanti memandangkan waktu rehat yang panjang. Orang-orang bukan gomen macam kami ni....pandang dan lihat ajer la..hehehe

Dalam kita merancang itu dan ini, haruslah diingat had berbelanja yang perlu kita buat. Kos sara hidup yang makin meningkat pasti ramai yang tergugat. Berhati-hatilah berbelanja dalam menyediakan keperluan raya keluarga. Rancanglah dengan cara yang baik. Penuhi keperluan bukan penuhi kehendak.

Aku berkongsi tips kewangan menjelang musim perayaan yang aku terbaca di fb Dr Azizan Osman dan pengalaman sendiri yang pernah dilalui :

  • Duit yang ada tu kenalah berjimat. Kalau tak ada duit, lagi lah kena berjimat.
  • Sebolehnya elakkan berhutang terutama berbelanja menggunakan kad kredit. Tak per kalau tak dapat beli sesuatu yang kita minat, yang penting kita tak berhutang.
  • Hidup bukan hanya untuk Hari Raya. Ingat kehidupan yang seterusnya. Ada benda baru atau tidak, hari raya tetap datang.
  • Tak perlulah menggantikan semua dengan yang baru. Kalau yang lama elok lagi, bersihkan dan guna semula. Tak perlu menunjuk-nunjuk.
  • Amalan berganda adalah mereka yang menggandakan amalan di bulan Ramadhan bukan perbelanjaan berganda.
  • Seboleh mungkin sediakan juadah berbuka puasa dengan masak sendiri. Bila dah masak setiap hari, bila singgah ke pasar ramadhan, rasa tak lalu pulak nak membeli. Itulah yang kami lalui setiap hari. Biarpun ikan goreng sayur tumis air...bila masak sendiri, rasanya puas sangat.
  • Kalau anda ada lebihan, apa kata berbelanja pada mereka yang susah. Rezeki lebih berkat.

Beringat-ingatlah dalam setiap tindakan. Moga perkongsian ini membantu perancangan anda.

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook