Kuih Tradisional - Kuih goyang perisa udang

Friday, June 05, 2015

Kuih goyang

Assalamualaikum

Aku antara peminat kuih-kuih tradisional. Kuih-kuih tradisional ni selalunya kita tak rasa jemu untuk makan, penyediaannya juga mudah dan tahan lama.

Antara yang menjadi minat aku ialah kuih goyang atau ada juga yang memanggilnya kuih rose. 

kuih goyang, rose, tradisional, sedap, perayaan

Kuih goyang ni perisa baru..rasa udang dan pedas-pedas sikit. Ada rakan pejabat yang membawanya.  Sambil buat kerja sambil mengunyah....so jangan mengadu baju dah sendat yer!! sendiri mau tau kenapa hehehehe....

kuih goyang, rose, tradisional, sedap, perayaan

Kenapa dipanggil kuih goyang?
Acuannya perlu dipanaskan dahulu. Kemudiannya dicelup dalam bancuhan tepung dan dimasukkan dalam kuali panas lalu digoyang-goyangkan supaya ianya tertanggal daripada acuan. 

Masa remaja dulu, bila dekat-dekat nak raya, arwah mak mesti buat kuih ni. Aku selalu jadi tukang goyang acuan. Menarik bila, bancuhan tepung tadi tertanggal daripada acuan dan membentuk seakan kuntum-kuntum bunga rose.

kuih goyang, rose, tradisional, sedap, perayaan

Ada juga perisa manis lemak. Hmmm....antara koleksi kuih menjelang Aidilfitri nanti nampaknya.



You Might Also Like

4 comments

  1. perisa udang? Baru pertama kali dengar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tau along
      #clickclicknufnang

      Delete
  2. first time dgr ada perisa udang, mesti sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap CN. Rasa macam rempeyek pun ada.
      #clickclicknufnang

      Delete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook