Kisah tentang Orkid

Tuesday, June 02, 2015

Musim kembali lagi

Assalamualaikum

Semalam balik daripada kerja, bukan main seronok lagi rasanya bila ternampak juraian bunga-bunga orkid yang mula berkembang. Musim kembali lagi.

Spesis Orkid Malaysia

Antara spesis orkid yang ada di rumah adalah Rhynchostylis Retusa atau di kalangan penggemar orkid juga spesis ini dipanggil sebagai orkid ekor tupai.  Orkid ini tidak sukar penjagaannya. Itu yang kami suka, hasil yang cantik dengan penjagaan yang minimal!

Spesis yang ada di rumah aku ini adalah spesis original daripada hutan Malaysia. Ada juga yang telah dikacuk/hybird dan bunganya agak besar sikit daripada yang aku ada ini.  Musim berbunga spesis ini adalah antara bulan April sehingga Jun.  Bunganya akan berkembang dan tahan sehingga lebih kurang 2 minggu. Kalau korang datang dekat dengan juraian bunga-bunga ini, korang akan dapat menghidu bau wangi yang dihasilkan. Baunya ala-ala bunga kantan..segar sekali terutama di waktu pagi.

Kenapa aku kata spesis ini mudah dijaga?
Aku tidak perlu siram hari-hari spesis ni. Cukup 2 atau 3 kali seminggu. Cuma pastikan ianya diletak di bawah 50% teduhan cahaya matahari dan ia  akan hidup subur kalau diikat dengan kayu keras. 

orkid, ekor tupai, retusa, hutan tropika, kantan, wangi

Belum kembang sepenuhnya. Satu-satu pokok tu kadang-kadang hampir 5 - 10 juraian bunga dihasilkan.


orkid, ekor tupai, retusa, hutan tropika, kantan, wangi

Cantikkan!! Indah ciptaanNya yang tiada tandingan.

orkid, ekor tupai, retusa, hutan tropika, kantan, wangi

Yang ini juga salah satu daripada spesis yang ada. Masih lagi dalam proses sulur-sulur bunga keluar.

Siapa sangka dalam hutan tropika negara kita, terlalu banyak spesis cantik dan menarik yang tersimpan.



You Might Also Like

9 comments

  1. cantik sangat2....SA suka orkid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah banyak2 memang cantik SA. Terapi minda nihhh

      Delete
  2. cantiknya Azie, wangi kan bau orkid ni, mak ana ada juga spisis berjuntai ni warna kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi2 dok bawah bunga2 ni segar jer rasa. Bila musim berbunga memang meriah

      Delete
  3. cantik nyaaa.. mak yoorin suka tanam orkid.. ritu pegi floria, nak belikan tapi tak larat nak bawak..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah peminat....memang `berhantu' beli orkid ni yoorin...kat rumah sampai hubby buat rumah orkid...hehe

      Delete
  4. Assalamualaikum..ni beli kat mana??
    Berapa harga dia??

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook