Jalan-jalan cari makan petang hari

Thursday, June 04, 2015

Jalan-jalan cari makan

Assalamualaikum

Petang-petang selalu bila perut lapar mula teringin nak makan macam-macam. Tambah-tambah bila anak-anak semua ada kat rumah.  Asyik masak di rumah, kadang-kadang teringin juga menjamu selera di luar sambil lihat-lihat tempat orang.

Hujung minggu baru-baru ni mengikut hubby ambil sarang kelulut di Grik, kami sepat singgah di satu gerai ni.  Aku tak sempat ambil gambar kedai ni, kalut dengan anak-anak. Tapi lokasi kedai ni kalau korang ikut BKE Expressway terus ke Grik, selepas simpang yang tunjuk arah ke Baling, depan sedikit daripada simpang ni korang akan nampak kedai-kedai ni di tepi jalan. Memang tepi jalan jer. Buka selepas 3.30 petang. 

Macam-macam ada dan kena dengan selera.


abc, minum petang, menu, selera, pasembur utara, laksa, kuey teow goreng, grik, baling

Aku dan hubby berkongsi makan pasemboq utara. Kali ni kena dengan selera kami. Dzakwan berkongsi ABC dengan kakak-kakak.

abc, minum petang, menu, selera, pasembur utara, laksa, kuey teow goreng, grik, baling

Laksa utara. Memang dah lama teringin nak makan laksa. Nak buat tak berkesempatan, makan kat sini aje la. Sedap jugak. Dzakwan tumpang sekaki. Bersiut-siut bunyi menahan pedas...hehe..

abc, minum petang, menu, selera, pasembur utara, laksa, kuey teow goreng, grik, baling

Kuey teow goreng pilihan kakak. 

Kalau korang berada berdekatan atau on the way ke pantai Timur melalui Grik, singgah la ke kedai ni. Korang mesti puashati. 


You Might Also Like

8 comments

  1. bestnye jalan2 pergi makan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari cuti jer boleh jalan-jalan ummul

      Delete
  2. sarang kelulut tu apa kak azi...? yang madu kak azi citer dulu eh...?
    by the way, ini lah namanya jauh perjalanan, kenyang perut.. ehhh..ehhh... hehehehee... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ain....sarang kelulut yang boleh ambil madu tu....
      haha...kena selalu berjalan baru kenyang perut!!

      Delete
  3. Laksa tu nampak sedap..tapi ABC tu lagi sedap..huhu

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook