Benarkah rancangan kartun merosakkan minda anak-anak?

Monday, June 15, 2015

Pengaruh rancangan TV

Rancangan kartun 


Assalamualaikum

Kat rumah sekarang ni memang edisi berebut tv hari-hari. Letih mendengar budak-budak ni berebut remote control. Di tambah pulak bila si ayah ambil bahagian menyorokkan remote tu, tambah riuh la jadinya.

Adik Wan sekarang ni dah macam addict pada beberapa siri kartun. Budak-budak dengan kartun memang tidak dapat dipisahkan!! Pantang hp terletak atas meja, pantang tv takde orang tengok. Kalau dia dah duduk depan tv dengan rancangan kegemaran, harap yang lain sila berundur buat kerja masing-masing. 

Rancangan pilihan terkini....

rancangan kartun, boboiboy,doraemon, upin ipin

rancangan kartun, boboiboy,doraemon, upin ipin

rancangan kartun, boboiboy,doraemon, upin ipin

Bukan dik wan jer yang layan....satu rumah layan jugak. Seronok jugak sebenarnya melayan rancangan kartun ni hehehe

Ada yang mengatakan rancangan kartun ni merosakkan minda anak-anak. Betul ke?

Mungkin ada sebahagian rancangan kartun yang bercorak agak ganas dan tidak sesuai untuk ditonton oleh anak-anak.  Sebagai ibubapa, kita kena pandai membantu anak-anak ini memilih rancangan kartun yang sesuai.  Kebiasaan kami, bila adik wan menonton rancangan kartun, ada orang dewasa bersama-sama supaya kalau ada aksi yang tidak sesuai, kita boleh bagitau apa yang sepatutnya dilakukan. Bila ada nilai-nilai baik yang ditunjukkan, kami akan ulang beberapa kali. 

Banyak rancangan kartun dan rancangan kanak-kanak yang sesuai untuk ditonton. Anak-anak memang mudah meniru apa yang mereka lihat.  Peranan orang dewasa adalah penting supaya anak-anak mebuat pilihan yang betul.





You Might Also Like

15 comments

  1. boboiboy agak ganas sikit untuk danish...huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boboiboy kuasa 3 ada kat rumah jugak..huhuuhu

      Delete
  2. KALAU berlebihan...merosakkan jugak kut

    ReplyDelete
  3. bukan semualah kan , ada juga kartun yang mendidik minda anak-anak. walaubagaimana pun pemantauan amat penting buat anak-anak kecil ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu AJ. Tu yang dok langut tengok sama hehe

      Delete
  4. ada sesetengah akan merosakkan minda. sebab anak2 sedang belajar tentang dunia. mana yg dia tengok bagus. bagus lah tindakkanya. dan sebaliknya

    ReplyDelete
  5. anak buah dayah kalau dah tengok kartun, sampai tak nak makan.aduhai

    ReplyDelete
  6. pcl dok perati jauh musang king nak dekat tak berani..haha mahai, tunggu harga murah sikit nanti..tak la ngidam durian lg buat masa ni .. kerepek pisang ori dari mana tu... sini, banting memang tempatnya banya peniaga repackaging?

    pcl peratikan jugak budak sekarang ni cara depa membesar dgn pengaruh sosial moden. Tgk contoh kakak ipar dgn anak bujangnya.. dibiar main game online kadang sampai tak tidur malam. Bila ditegur katanya budak memang macam tu, biarlah depa dengan masa depa dgn cara depa di rumah lebih baik dari merayau dan buat hal di luar rumah.

    Satu perkara baik tapi kesannya jangka panjang macam mana? Pergaulan dgn orang terbatas..asyik dgn dunia game depa saja. Tapi yang mengkagumkan, OTAK budak tu memang genius, pelajaran hebat. Skor A selalu.. kadang hairan jugak.

    kesimpulannya, pengaruh itu ada baiknya kepada pertumbuhan otak dan mesti diransang awal bergantung kepada cara dan bagaimana depa apply dalam kehidupan. parents kena peka. Kawal itu bagus dan jangan menyekat. Parents kena ikut perkembangan anak zaman dimana kita berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 comment in 1 entry...hehhe...
      Betul tu PCL....budak-budak sekarang lagi sekat lagi nak buat...kita kena pandai-pandai la bergerak bersama-sama dengan usia mereka.

      Delete
  7. mmg betul...kartun ni kita kena pantau..ada yg tak sesuai...

    ReplyDelete
  8. kartun ada yang sangat x sesuai kak Azi kan.. saya ada baca dekat mana entah. dia mendidik budak-budak jadi jahat dengan mak bapak. ish tapi cter inggeris la. x semestinya cerita tu kartun, dia sesuai untuk budak kecil. cntoh macam South Park, American Dad, The Simpsons. itu semua x sesuai untuk budak2.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook