Beca Kota Melaka

Wednesday, June 03, 2015

Jalan-jalan naik beca

Assalamualaikum 

Apa perancangan cuti sekolah ni ? Pasti anak-anak anda tertanya-tanya ke manakah hala perjalanan sekeluarga sempena cuti sekolah ni kan?

Apa kata anda ke Kota Melaka - bandaraya yang penuh dengan sejarahnya.  Kalau anda ke sana, jangan lupa mencuba pengalaman menaiki beca.  Anda boleh lihat pelbagai beca yang telah dihias cantik dengan bunga dan lampu-lampu di samping iringan lagu-lagu menarik.

Pilihan aku untuk naik beca ni adalah di sebelah malam. Selain cuaca agak sejuk, korang akan terhibur menyaksikan kerdipan lampu-lampu pelbagai warna.Ianya memberi satu pengalaman yang berbeza di samping menikmati pemandangan sekitar Melaka secara santai.  Selalunya perjalanan akan dimulakan di pinggiran bangunan merah atau Bangunan Stadthuys di Bandar Hilir. Boleh juga menyewa mengikut jam sekiranya korang nak meronda di sekitar bandar Melaka. 


pengalaman, santai, beca, kota melaka, bandar hilir

Anak-anak memang seronok bila diberi peluang menaiki beca ni. Hiasan beca yang cantik sebegini korang hanya boleh jumpa di Kota Melaka.

Jom Cuti-cuti Malaysia!!


You Might Also Like

5 comments

  1. belum update pasal cuti di melaka tahun lepas.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer update bg 1 entry 1 hari hehehe

      Delete
  2. pernah naik beca kat melaka..bayar full..tp naik tak sampai 5 minit dh turun.. x smpai hati nak biar pakcik tu kayuh basikal.. dah laaa kite ni gemoksss..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yoorin..kalau pakcik yang kayuh memang tak naik aa..kena carik beca yang abang sado kayuh hee

      Delete
  3. lama tak bercuti ke melaka, best amik gambo, cantik2

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook