Apa kata anda tentang cuti sekolah?

Sunday, June 07, 2015

Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Macam-macam aktiviti yang mak bapak dah sediakan untuk anak-anak.

Aku suka cuti sekolah. Mengalahkan budak-budak sekolah.
Walaupun aku bukan seorang guru, tapi cuti sekolah amat bermakna bagiku.

Kenapa ?

1. Bila cuti sekolah jalan raya macam sedikit lengang.  Walaupun aku tidak berada di ibu kota metropolitan tapi di sini pun, bila cuti sekolah, orang tidak terkejar-kejar di atas jalan so aku boleh memandu dengan tenang ke tempat kerja.

2. Aku pun tak perlu bergegas pagi-pagi menghantar anak aku ke sekolah. Semua kerja boleh buat lebih teratur .....bangun pagi, sediakan sarapan, bersiap ke tempat kerja...rileks jer...

3. Dapat peluang berjalan-jalan. Walaupun duit poket sedikit ranap berbelanja tapi seronok sebab boleh berkumpul dengan keluarga. Selalunya aku ambil kesempatan juga balik kampung berjumpa keluarga.

4. Anak-anak semua ada dekat rumah. Rumah pun semakin ceria dengan jeritan, usik mengusik adik beradik. Mak ayah pun join sekali.

5. Aku berpeluang ambil cuti lama sikit sebab bos kata - mak ayah yang ada anak-anak bersekolah boleh la cuti lebih sikit. Yang single atau yang ada anak-anak kecil boleh jaga ofis. Sebenarnya, bos aku pun nak cuti panjang  jugak.

Meriah kan bila cuti sekolah?...

You Might Also Like

2 comments

  1. suka cuti sekolah sebab ramai anak buah balik rumah =)

    ReplyDelete
  2. cikgu lg suka cuti sekolah ! hehe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook