Resepi Mudah Sambal Macang Pemikat Selera Seisi Keluarga

Tuesday, September 22, 2015

Sambal machang/kuinin

Assalamualaikum wbt

Seronok bila tengok orang kesayangan kita makan dengan berselera kan?..Kat rumah kalau nak tengok hubby dan anak-anak makan dengan berselera, masakkan ajer yang mudah-mudah. Salah satunya goreng ikan dan sambal macang/kuinin. Gerenti habis nasi seperiuk. Makan masa panas-panas...sampai si kecik pun berpeluh-peluh cicak ikan goreng dengan sambal.

kuinin, sambal belacan, sambal machang

Tak susah cara penyediaannya. Anak dara aku pun dah boleh buat sendiri kalau disuruh. 
Sama macam buat sambal belacan cuma tambahkan hirisan buah machang.
Kalau takde buah machang, buah kuinin pun boleh.

Bila dah siap terhidang, memang tak bertangguh dah isi nasi dalam pinggan. Kalau buat kari ikan, boleh juga dimakan sama, asalkan ada ikan goreng.

Bahan-bahan:
1 biji buah machang/kuinin sederhana besar (buah biar dah masak tp bukan yang dah lembek)
2 biji cili merah
3-4 biji cili padi (pada yang nak lebih pedas)
Sedikit belacan (kalau rajin boleh bakar)
Sedikit air asam jawa pekat 
Sedikit garam

Cara :
Tumbuk cili merah dan cili padi hingga lumat. Aku lebih suka tumbuk daripada blend. Masukkan belacan, garam dan air asam jawa. Akhir sekali hiriskan isi buah machang/kuinin dan tumbuh sedikit dengan sambal tadi. Tujuannya nak bagi sambal dan buah bercampur elok. Dah siap.

Akibat termakan sambal ni...2 pinggan nasi tambah tak perasan ...huhuuhu



You Might Also Like

11 comments

  1. Fuhhh, sedapnya nampak. Meleleh ayaq liur gini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha jangan lupa lap air liur

      Delete
  2. aarrrggghhhh.....!! tak tentu arah dibuatnya ni Kak Azi...
    dah la tengah puasa... hahahahhaaa...

    *sabar ain... sabar....* :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai silap la tertengok ya kak ain

      Delete
  3. nakkkk..sedapnya azie :)

    ReplyDelete
  4. Nasib baik bukan bulan puasa kak azi

    ReplyDelete
  5. Owh kuinin tu Machang ya

    ReplyDelete
  6. senang je ya...mcm buat sambal belacan

    ReplyDelete
  7. senang je ya...mcm buat sambal belacan

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook