Review SayidahNapisah : Antara Popcorn dan Mesinkira

Friday, May 22, 2015

Review EFG - Kakcik Comel

Assalamualaikum

Kembali semula dengan review keluarga EFG. Jom kita berkenalan dengan gadis yang selalu rasa comel dalam keluarga EFG.

Latar belakang :

Gadis yang tercatat dalam suratberanak sebagai Sayidah Napisah ini lebih suka dipanggil KC. KC a.k.a Kak Cik merupakan anak ke 5 dalam keluarga yang berasal dari Ulu Kinta Perak ini.  Masih bergelumang dengan buku-buku dan merupakan antara pelajar cemerlang di pusat pengajiannya.

Mula berblogging seawal usia 17 tahun dengan tujuan untuk berkongsi info berguna dan bermanfaat dengan pembaca.  Kalau anda jengok ke blog KC, anda akan dapat mengikuti kebanyakkan isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran. Harapannya agar timbul juga minat dikalangan pembaca untuk menceburkan diri dalam dunia blog. 

Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com. Pada peminat drama bersiri dan cerita korea, boleh jengok blog beliau, tonton secara online.Mudah kan?

KC, blog,blogger,mesra, family, EFG


Sepanjang mengenali beliau dalam keluarga EFG, sememangnya KC memang seorang yang suka mengusik dan selalu juga menjadi mangsa usikan abang kakak EFG. Tak ubah seperti satu keluarga dan menambaheratkan lagi ikatan kekeluargaan maya EFG.


KC, blog,blogger,mesra, family, EFG


Seorang yang gemar pada makanan - KC dan makanan tidak dapat dipisahkan. Bertuahnya badan, makan banyak tidak gemuk cuma pipi bertambah kembung. Suka tersenyum dengan barisan gigi putih umpama iklan colgate. Senyuman yang menambah seri penambat hati bahan usikan keluarga EFG.


Antara Popcorn dan mesinkira:

Matlamat hidup beliau....

No matter what people say, I know what I am doing and Allah will be always there for me

Anak gadis ini menjadikan umi beliau sebagai idola dalam menjalani kehidupan seharian. Punyai ibu yang tabah, kuat, positif dan tidak mudah putus asa.  Bercita-cita menjadi seorang pengajar sesuai dengan watak beliau yang aktif,ramah, mudah mesra umpama butir-butir jagung menjadi popcorn, pop pop tanpa henti. KC ketika ini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Matematik sebagai major di salah sebuah universiti awam di Selangor. Cintanya kepada subjek ini telah membolehkan beliau menerima Anugerah Akademik Terbaik baru-baru ini. Moga menjadi mesinkira yang cekap suatu hari nanti.


KC, blog,blogger,mesra, family, EFG

Harapan 

KC berharap suatu hari nanti berpeluang bertemu dengan semua ahli keluarga EFG.
Bukan harapan KC seorang, harapan kami semua juga di EFG.......moga harapan menjadi kenyataan......

You Might Also Like

3 comments

  1. Wah! KC nak jadi mesin kira.. Semoga berjaya KC.

    ReplyDelete
  2. Sejuk perut Umi mengandungkannya.. :)

    ReplyDelete
  3. Amin, In Shaa Allah Azie, kita semua akan dipertemukan dengan IzinNya. :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook