Review keluarga sahabat maya

Pengenalan apa itu EFG dan siapa keluarga EFG - sila rujuk DI SINI

Kali ini mari kita berkenalan dengan ahli keluarga EFG.  Bermula hari ini, setiap seorang ahli EFG ada direview. Dan insan pertama yang bertuah di review adalah blogger yang menetap di Selangor.

Di kenali dengan nama pena FR atau Fendi Rocka, pemilik blog yang misteri ini menggarapkan hasil tulisan yang berseni lantaran dari sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari.

review, EFG, blog,cinta,kenal, pena,blogger

Blog beliau "Nota Purba" pasti akan menjadi salah satu blog yang anda tidak lupa untuk singgah. Sebab apa? Yang tu anda kena pergi sendiri ke blog Fr. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab persoalan di atas.

Blog yang jauh dari gosip-gosip liar Nota Purba berkisar tentang apa yang terjadi kepada penulis itu sendiri di dalam kehidupan seharian.  Jika di lihat dari mata kasarnya dan di baca dari nalurinya, pasti pembaca di luar dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog Nota Purba yang penuh misteri.


review, EFG, blog,cinta,kenal, pena,blogger

Fr merupakan ahli EFG yang ke 24 daripada 41 orang ahli EFG. Walaupon EFG mempunyai ramai adik-beradik, Fr sangat disayangi dan disenangi oleh semua adik beradik EFG. Fr yang kuat mengusik itu mengeratkan hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia di alam maya.

Kata Fr dalam hidup kita kena.. "Move on!"

Fr seorang yang kelakar, menghiburkan abang kakak adik-adik EFG yang seharian keletihan dengan urusan kerja dan nota-nota kuliah. EFG telah menemuramah Fr secara maya dan jawapan bagi soalan di bawah ini sudah boleh memberi clue siapakah Fr sebenarnya. 

What is chemistry in academic words (not less than 200 words) 

"Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali utk cukupkan 200words.", Fr.


review, EFG, blog,cinta,kenal, pena,blogger

Perkenalan singkat telah menambaheratkan lagi ukhwah antara ahli keluarga EFG.

Kita tunggu siapakah lagi keluarga EFG yang akan bertamu di sini nanti.........


15 Comments

  1. cubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya

    ReplyDelete
  2. wajib terjah

    memang misteri orangnya.. jom kita bongkar ^_^

    ReplyDelete
  3. hanya berkisah tentang dunianya sendiri. x jemu baca entry FR

    ReplyDelete
  4. kk eny paling suka penulisan FR.. tak payah letak gambar dan tak payah tulis gossip atau isu semasa.. penulisan dr hati dia yg sometimes kelakar dan sometims menyentuh jiwa....

    ReplyDelete
  5. Kegelapan BLOG FR mencerminkan kepurbaan nota yang ditulisnya.., Namun, kepurbaan notanya membawa 1001 nilai yang berharga..

    ReplyDelete
  6. Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome

    ReplyDelete
  7. Nota purba yang menghiburkan hati..

    ReplyDelete
  8. "sifatnya yang menyerupai seorang anak seni yang mengacarakan rancangan Melodi di TV3 iaitu Awal Ashari."

    muntah darah

    ReplyDelete
  9. tak kenal maka tak cinta. maka kalau nak kenal kena bongkar misterinya. haha

    ReplyDelete
  10. Nota purba yang sentiasa aktif hehehe..

    ReplyDelete
  11. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi

    ReplyDelete
  12. penulisan yang tak jemu dibaca :)

    ReplyDelete
  13. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete
  14. mas..memang misteri blog Nota Purba..terjahhh...terbaik EFG

    ReplyDelete
  15. tapi blog saya takde di bloglist : (

    ReplyDelete