Permainan Dulu-dulu

Tuesday, May 05, 2015

Permainan anak-anak

Bila cuti sekolah rumah memang riuh dengan suara anak-anak bergurau senda, bermain dan diselangseli dengan jeritan usik mengusik antara satu sama lain. Suara 4 orang ni cukup meriah kalau berkumpul, ditambah pula dengan suara ibu atau ayah bertingkah mengusik si anak.

Petang-petang kalau cuaca elok, memang pelbagai permainan mereka main. Daripada badminton, berbasikal, main kejar-kejar, sembunyi-sembunyi dan sebagainya. Kadang-kadang ayah ibu pun turut serta...dek kerana teruja melihat si anak bermain. Teringat zaman kanak-kanak sendiri. 

permainan, anak-anak, tradisi, selipar,baling,bola

Kami memang sentiasa beri peluang anak-anak 'explore' dunia mereka. Bermain lah semampu mereka...

Cuma mereka ni tak berpeluang terjun sungai, menangkap ikan di sawah padi, bermain tembak-tembak dengan biji cenderai, galah panjang, cakar ayam dan pelbagai lagi.

Meriahkan zaman kanak-kanak. Moga mereka ini tidak terus leka dengan permainan elektronik dan tidak melupakan permainan dulu- dulu. Sebagai ibubapa, kita boleh juga buat koleksi permainan tradisional kat rumah. Yang popular selalunya papan congkaklah. 

Jom korang.....kita kenalkan anak-anak atau generasi kecil dengan permainan yang pernah kita main dahulu. Mesti meriah kan....


You Might Also Like

3 comments

  1. permainan ini memang best. lagi best kalau bola tennis tu kena tepat kat muka. adeh pening rasanya.

    ReplyDelete
  2. Dulu bonde selalu kene buli main baling selipar.... sakit2 badan ke baling hu hu hu bila ingat balik lucu sangat :) ...comel pon ada rasa masa tu....
    #EFGawesome

    ReplyDelete
  3. nostlagia sangat ni. jemput join GA nani

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook