Seulas Nangka Madu

Wednesday, May 27, 2015

Nangka Madu

Tengahari tadi tengah lunch, dapat wasap daripada hubby bagitau buah nangka dah masak.  Hmm..bestnya !!!..5 bijik sekali runtuh. Bukan sebarang nangka, nangka madu idaman hati.

Sayangnya pokok nangka ni dah nak rebah akibat terkena angin kuat baru-baru ni.  Tapi sempat juga buah-buah ni masak. Hampir semua kawan-kawan di taman perumahan dah rasa buah nangka ni. Tak pernah busuk pun. Rasanya dan berpuluh-puluh biji malah mungkin ratus buah yang dah dikeluarkan.

Kalau ada ramai di rumah, mesti murtabak nangka menjadi hidangan.  

Kisah nangka:

Dulu masa kecil, keliling rumah ada pokok nangka. Buahnya juga lebat. Ia merupakan salah satu punca pendapatan kami sekeluarga. Buat jualan di gerai berhampiran rumah. Satu cucuk ada 4-5 ulas sederhana besar dijual dengan harga 20 sen ajer. Murah kan?

Bila arwah mak sibuk membersihkan ulas-ulas nangka ni, aku dan abang selalu sibuk mengutip ulat nangka yang melompat-lompat keluar daripada bahagian yang busuk. Nak buat apa dengan ulat nangka? Dah tentu mencari mangsanya. Kak ngah aku memang penggeli. Dia lah mangsa kami. Kesian dia terjerit-jerit lari menjauhkan diri daripada kami.

Hehe..bila diingat semula memang nostalgic la.
Sekarang ni budak-budak takde peluang pun bermain ulat nangka.


buah nangka, nangka madu, ulat, nangka

Nak bahagi-bahagi dengan jiran-jiran nanti..tunggu yer...

You Might Also Like

3 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook