Penyakit Malas.

Assalamualaikum

Malas.
Hari akhir bekerja dalam seminggu mesti penyakit ni datang.
Tak sabar nak habiskan waktu kerja.

Tapi....

Jangan jadikan ia satu penyakit yang berpanjangan.
Bila berlarutan, ia akan jadi habit.
Bila dah jadi habit, susah untuk dijauhkan.

3 cara yang boleh membantu anda menghilangkan rasa malas :

a) Selalu berfikir positif.
    Kalau anda berfikiran negatif perasaan malas akan menguasai diri. Selalunya bila pagi 
    Jumaat, aku akan ingatkan diri aku ..cepat..cepat pergi kerja, esok boleh cuti. Bila dah sampai ofis, ingatkan diri..cepat..ceapt buat kerja...esok cuti....

b) Catat dan selalu ingat tujuan kita, pastikan kita boleh buat.
    Setiap apa yang kita buat, kita mesti tahu apa tujuannya. Kena set target. Kalau tahu ada 10 kertas kerja nak kena buat, pastikan kita dah susun mengikut tarikh perlu hantar. Utamakan tarikh yang terdekat. Kalau boleh siap semua lagi bagus, takde la nanti kerja bertanggung. Anak-anak pula, dah jadi kebiasaan aku suruh siapkan kerja sekolah awal-awal supaya tak timbul rasa malas nak siapkan. 

c) Selalu lihat orang-orang sukses di sekitar anda.
   Pastikan dalam fb, insta atau mana-mana media sosial yang anda sertai ada senarai orang-orang yang berjaya. Bila rasa malas, cepat-cepat terjah blog, fb mereka...baca dan baca..mesti semangat korang datang balik

malas, motivasi, langkah mengubati


2 Comments

  1. hehe.. Cik Ti jugak. Tengah malas ni. Dok baca blog www.dianaishak.com ~ Bila gaji isteri melebihi gaji suami. Mengubati penyakit hati/nafsu.

    ReplyDelete
  2. "Bila rasa malas, cepat-cepat terjah blog, fb mereka...baca dan baca..mesti semangat korang datang balik"

    tapi kang kerja tak siap

    ReplyDelete