Food review : Akar Lima Cafe, Kulim

Thursday, May 28, 2015

Western Cafe Menarik

Kemaruk makanan western?..hehe..kami la tu. Sejak-sejak terlibat dengan line western ni memang rajin betul aku dan hubby mencuba pelbagai menu western. Di Kulim, ada beberapa restoran yang menghidangkan menu western tapi aku belum jumpa dengan yang kena dengan selera. Sehinggalah aku diperkenalkan dengan AKAR LIMA oleh rakan blogger  Cahaya Hayati .  Kami terjah cafe ni tanpa mengetahui waktu operasi, kira main belasah pi ja. 

Pada yang tak biasa kawasan ni, sebaiknya pergilah waktu hari masih terang. Kalau malam memang berpotensi untuk sesat macam kami. Cafe ni terletak di dalam kawasan taman perumahan & kampung.

Bila sampai, first impression ------------- menarik!!!
Rumah banglo 2 tingkat yang diubahsuai menjadi tempat makan. Susunan meja-meja kayu dan hiasan lampu yang kena dengan tempat.


Western Food, grilled lamb, shegetti, homestay, cafe

Menu cafe ini adalah sepenuhnya western. Tertarik lagi.....hehe

Western Food, grilled lamb, shegetti, homestay, cafe

Pelbagai minuman boleh order tapi anak-anak macam biasa milo ais dan teh O ais. Jar kecil ini dijadikan gelas untuk isi minuman.

Western Food, grilled lamb, shegetti, homestay, cafe

Hidangan speghetti...dah lupa pulak namanya.

Western Food, grilled lamb, shegetti, homestay, cafe

Rosemary chicken

Western Food, grilled lamb, shegetti, homestay, cafe

Grilled Lamb

Apa yang menarik dalam setiap hidangan yang disediakan ialah perletakkan ulam raja. Pertama kali aku jumpa, hidangan western takde salad tapi ada ulam. Menarik lagi!!
Ianya memberi kelainan rupa dan rasa pada hidangan.

Kentang lenyeknya pun agak banyak untuk satu hidangan. Bezanya kentang lenyek ini teksturnya tidak sehalus seperti restoran-restoran makanan segera atau kedai-kedai yang pernah aku kunjungi. Ada rasa biji-biji kasar kentang....hmmm....hubby bagi thumb up!!

Western Food, grilled lamb, shegetti, homestay, cafe

Menu digantung didinding rumah menggunakan bingkai tingkap rumah lama...simple.

Harga secara keseluruhan, berpatutan . Tak banyak beza dengan kedai western yang lain tapi yang penting adalah quality dan rasa.

Aku difahamkan Akar Lima ini juga buka tempahan homestay dan majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan, harijadi dan lain-lain yang berkaitan.

Pada yang berminat untuk mencuba, luangkan la masa ke sini.

Alamat :

1116C, Lorong Laksamana
Jalan Tunku Bendahara
Kulim
(masuk simpang bersebelahan dengan Pejabat Pos Kulim, jalan terus sehingga nampak papan tanda Akar Lima di sebelah kiri. Jalan yang sama juga untuk ke pusat PLKN )

Waktu operasi :

11.00 pagi - 3 petang
6 petang - 10 mlm

012-4249850

(boleh juga buat tempahan sebelum datang)









You Might Also Like

6 comments

  1. unik kedai ni. western + ulam2. hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...western + ulam...unikkan?

      Delete
  2. nanti.try p mkn la kat sini tq atas review tu

    ReplyDelete
  3. Dkat umah saya...cuma kawasan terperosok skit

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook