Dia dan Kerja Sekolah

Tuesday, May 26, 2015

Sekolah si kecil

Dia baru 3 bulan masuk sekolah. Sekolah kanak-kanak ajer. 2 minggu pertama sesi suaikenal takde kerja sekolah. Masuk minggu ketiga dah mula bawa balik kerja sekolah. Memang dah kami jangka, pengalaman anak-anak terdahulu.

Lain anak lain perangai lain pembawakkannya. Mula-mula memang liat nak siapkan kerja, kena dok sebelah baru bergerak. Masuk bulan ketiga ni, tak payah suruh, balik rumah terus tunjuk dan buat sebelum keluar bermain petangnya. Lega mak kau dik.

Depan rumah ada kawan setahun lebih daripada usia dia. Petang tadi, sedang si dia tekun membuat kerja sekolah, terdengar di pagar...oiiii...oiiii...si dia cam sungguh suara kawan baru. Sambil garu kepala memandang ke luar...kejap...tak nampak ke tengah buat kerja sekolah ni..

Hehe...senyum aku lihat keduanya. Kawan sabar menunggu sambil si dia sibuk menyebut...bulat...bulat..bulat... Sedang berlatih tulis huruf O.
Sujud syukur aku...alhamdulillah keempat-empat anak sejak kecil menampakkan kesungguhan dalam belajar. 

Moga terus berusaha cemerlang dunia akhirat yer.  Tiada harta yang boleh kami sediakan untuk anak-anak selain daripada bekalan ilmu untuk mereka gunakan di kemudian hari.

anak manja, kerja sekolah, kawan-kawan

Inilah si dia yang menjadi penghibur kami di kala keletihan dengan tugas seharian.

You Might Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah Azie, semoga terus cemerlang dunia akhirat,amin.

    ReplyDelete
  2. Comel la si dia tuh kak Azie...harap minat belajar dia berterusan sampai bila2

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook