Anak Cemerlang Bermula Dari Rumah

Sebagai seorang ibu/bapa pasti kita nak yang terbaik untuk anak-anak. Dari kecil malah dari dalam kandungan lagi pelbagai cara boleh kita lakukan untuk merangsang perkembangan anak-anak ini. Contohnya, sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk membaca surah-surah tertentu antaranya surah Yusuf, surah maryam supaya janin dapat berkembang baik dan semoga lahir sebagai insan yang cukup sifat, dan mudah ditunjukajar.

Terbaca satu petikan dalam post ibubapa cemerlang di mukabuku dan aku rasa perlu untuk aku kongsikan di sini sebagai panduan bersama. Dikatakan ada 5 perkara asas yang perlu kita ingat dalam merangsang otak anak :

1. Buat hubungan mata supaya kita dan anak melihat antara satu sama lain - biasakan diri melihat ke dalam mata mereka ketika berbicara. Aku memang amalkan ini dari anak-anak kecil lagi. Secara tak langsung mengajar mereka berani bila bercakap.

2. Bercakap tentang perkara yang dilihat, didengar dan dilakukan bersama-sama dan jelaskan apa yang berlaku di sekeliling kita - bila buat sesuatu kalau boleh biarkan anak-anak turut serta. Contohnya ketika menanam pokok, membasuh pinggan, menyediakan makanan. Sambil buat kerja kita boleh bersembang. Kanak-kanak memang suka bertanya. Kadang-kadang tak menang dibuatnya bila menjawap pertanyaan mereka.

3. Memberi tindakbalas kepada bunyi dan aksi anak-anak sejak sebelum mereka boleh bercakap. Apabila mereka telah mula bercakap, tanya soala-soalan seperti ` apa pendapat kamu....? atau kamu lakukan seperti itu ?...Interaksi 2 hala akan memudahkan lagi proses pemahaman anak-anak terhadap sesuatu perkara.

4. Panjangkan saat dan masa bersama dengan anak-anak bagi mendengar dan meneliti apa yang dibuat dan dibicarakan oleh mereka.  Sebagai ibu bekerja, masa kita amat terhad dengan anak-anak. Masa yang betul-betul kita ada bersama mungkin hanya 4-5 jam sahaja sehari sebelum mereka terlena. Masa yang terhad perlulah dimanfaatkan sebaiknya. Walaupun penat, kena jugak layan bermain, berbual makan bersama walaupun selalunya semeja di kedai makan. Anak-anak memang teruja untuk bercerita dengan ibubapa bila berjumpa..walaupun apa yang mereka buat adalah perkara rutin bagi seorang kanak-kanak. 5-10 minit masa membaca buku sebelum mereka terlena, jangan sibuk dengan gadget yer.....

5.  Cipta perbualan atau permainan secara berulang-ulang menggunakan bunyi, perkataan, mimik muka dan aksi. Anak-anak pasti suka. Berbanding aku dan suami, suami rajin melayan anak-anak bermain kuda-kuda, menyorok, aci ligan, tekagambar dan macam-macam permainan yang dicipta sendiri. Aku selalu jadi tukang sorak ajer. Permainan-permainan mudah kat mana-mana pun boleh dibuat hatta kat kedai makan sekali pun.  Yang penting gunakan masa yang ada secara berkualiti.

Harap sedikit pekongsian ini dapat membantu.

Terima kasih kepada team ibubapa cemerlang.

otak, cemerlang, rumah, ilmu, kualiti, anak-anak

Episod alam sains....hehehe

12 Comments

  1. good sharing, secara umumnya..ibu bapa perlu luangkan masa bersama anak. itu yg dugaan utk ibu bapa yg bekerjaya untuk tampung perbelanjaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju FR.
      Ni anak dah 4 pun kadang2 termiss jugak quality time utk mereka.
      Cuti sekolah baru betul2 cover all time yg miss...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. nice entry kak azi. :)

    in shaa ALLAH bila ada anak nnti, akan dipraktikkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ajer praktikkan pada yg kecil.....

      Delete
  3. Kak Azi.... terbaiklah... Entry Kak Azi... memang boleh dipraktikkan dari sekarang walau pun belum ada anak sendiri... contohnya, bila ada adik kecik... Adik beradik lain boleh guna pakai dan adaptasi cara-cara ni dalam melayan kerenah adik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul along....praktikkan bermula dpd kecil...insya Allah...

      Delete
  4. tips yang baik dalam perkembangan otak anak-anak cemerlang

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..info yg bagus utk kita

    ReplyDelete
  6. good tips kak azi. btw cantiknya blog. jeles kita tau. >_<

    ReplyDelete