Adakah anda sayangkan badan anda?

Thursday, May 21, 2015

Detox badan anda

Assalamualaikum..

Bila dah banyak umur ni, badan mula perlukan perhatian yang lebih daripada biasa. Dulu boleh bergerak cergas sana sini, sekarang boleh juga tapi cepat penat. Badan pun nak manja-manja. Aku suka jaga dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Supplement ada juga tapi tak banyak la.

Terbaca ini di mukabuku, perkongsian daripada unit resepi Grup Buku Karangkraf. Aku letakkan di sini sebagai rujukan semua. Terima kasih pada yang berkongsi.


detox, infused water, limau, lemon, strawberri, timun

Infused water sangat bagus untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Ia merupakan satu alternatif bagi mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan dalam minuman.

Apa yang boleh kita amalkan?

1. Strawberri + kiwi - Untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem kekebalan, menurunkan gula darah dan melancarkan pencernaan.

2. Teh hijau + daun pudina + limau nipis - sesuai untuk pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme, melancarkan pencernaan, mengurangkan sakit kepala, mengatasi susah buang air besar dan menjaga kesihatan pernafasan.

3. Timun + limau nipis + lemon - bermanfaat untuk mengatasi kembung perut, mengawal nafsi makan, mengatasi dehidrasi dan menjaga kesihatan pencernaan.

4. Lemon + limau nipis - menfaatnya sebagai sumber vitamin C dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.


Menarik kan?....dah ada info ni, jom kita cuba mana yang sesuai dengan keperluan badan.


You Might Also Like

3 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook