Tips untuk pelajar

Dah lama tinggalkan dunia study...rindu pulak.  Saat yang paling indah adalah semasa bergelar pelajar. Kalau boleh ulang memang nak ulang zaman tu. Masih lagi `keep in touch' dengan geng-geng sekolah menengah dan U. 

Sekarang ni tumpu pada pembelajaran anak-anak. Besar tanggungjawap ni...selagi mereka masih bergelar pelajar, pastikan ilmu dunia akhirat seimbang. 

Aku ada terima artikel berkaitan masa terbaik untuk belajar dalam fb beberapa minggu lepas. Rasa elok jugak aku share kat sini. Tips yang boleh digunapakai oleh bukan sahaja pelajar tetapi kita semua.



1) Masa terbaik untuk belajar adalah antara jam 4am - 6am sebab ketika itu otak kita berfungsi 100%. Dalam ajaran Islam pun kita digalakkan untuk bangun tengah malam menunaikan solat. Ketika yang terbaik untuk bermunajat. Aku paling suka mengadap buku waktu-waktu antara jam 5-630 pagi. Ketika tu sunyi jer, rasa aman damai tenteram. Tapi sekarang ni dah jarang-jarang dapat menikmati masa tu dengan tenteram, bergelut menyiapkan sarapan dan ke tempat kerja.

2) Kita digalakkan untuk mendapatkan tidur yang cukup antara 6 - 8 jam pada waktu malam. Pastikan anak-anak yang bersekolah tidur seawal jam 9 malam atau paling lewat jam 10 malam. Rumah aku paling lewat kul 11pm padam lampu. Hujung minggu atau masa cuti sekolah ada sedikit kelonggaran pada waktu tidur.

3) Pastikan anak-anak mendapat zat pemakanan yang seimbang sesuai dengan usia mereka. Bab ni selalu terlepas jugak sebab kadang-kadang tu main belasah ajer. Tapi aku pastikan ada bekalan vitamin tambahan di rumah. Paling banyak dalam simpanan adalah madu asli - makanan sunnah.



pelajar, tips, belajar, sihat, cemerlang

9 Comments

  1. nice sharing... :)

    *dapat singgah kejap je.. dah petang nak balik... hehehehe... esok kita datang lagi... :)

    ReplyDelete
  2. saya yg kerja mkn gaji, bila nak amalkan tidur awal, rasa mcm tak sempat bahagi masa utk isteri pulak

    ReplyDelete
  3. sharing yg menarik kak irra.. Heheee sesuai sangatlah untuk stdnt mcm cc nie.. (=

    ReplyDelete
  4. sharing yg menarik kak irra.. Heheee sesuai sangatlah untuk stdnt mcm cc nie.. (=

    ReplyDelete
  5. waktu tidur tue selalu skip..kul 10 tue malam masih muda..hehehe

    ReplyDelete
  6. saya selalu tidur lambat kak azi.. leps ni kena praktik tidp awal heheheheh

    ReplyDelete