Petua Hilangkan Batuk Cara Tradisional

Tuesday, April 28, 2015

Madu Limau

Baru-baru ni anak aku yg berusia  4 tahun kena batuk. Batuk bukan sikit-sikit, belah malam lagi kuat batuknya. Mungkin sebab cuaca malam lebih sejuk. Berbanding dengan anak-anak yang 3 orang lagi tu, si adik ni bab makan ubat terutamanya antibiotik memang berperang.  Ubat demam, selsema ok takde masalah...pukul 3 pagi pun ko kejut dia boleh bangun makan.  

Kali ni, kami cuba cara tradisional pulak. Dah dengar dan baca daripada pelbagai sumber, cuma praktiknya belum lagi. 


Petua hilangkan batuk cara tradisional :

Ambil sebiji limau nipis atau lemon, potong 4. Bakar sebentar dalam 1 minit - satu atau 2 bahagian belahan tadi. Perahkan limau nipis/lemon yang telah dibakar tadi dan campurkan dengan suku cawan air suam yang telah dimasukkan 1/2 sudu kecil madu asli. Kacau ketiga-tiga bahan berkenaan. Airnya memang akan rasa pahit sikit. Alhamdulillah 3 kali adik wan minum, batuknya berkurangan. Madu jangan banyak sangat, nanti anak panas badan pula.

Untuk dewasa, kenalah tambahkan sukatannya.

Dah jumpa cara tradisi yang mudah. Kelebihan mengamalkan makanan sunnah.

petua, lemon, limau nipis,madu, batuk



You Might Also Like

4 comments

  1. Thankx for tips... mudah-mudahan suara yang xsdp ley jadi sdplah pasni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak suara sedap, kena makan telur mentah :P

      Delete
  2. mak saya memang suruh pakai madu selalu... baru hilang batuk..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook