Kambing Perap Sos Ladahitam

Dah lama tak update pasal produk sendiri kan?
Sesekali kena selitkan jugak hasil usaha kami sefamily. Mana tau satu hari nanti boleh bersaing di pasaran.  

Jom nak cerita sikit pasal produk ni. Hasil idea mr hubby yang memang suka `review food' dan mencuba resepi baru.  Kami memilih untuk usahakan kambing perap sos ladahitam ni selepas beberapa cubaan produk lain sebelum ini. Aku pernah buat jualan tudung, kain tp tak lama. Lepas tu aku terlibat dengan karya seni jahitan manik....banyak jugak tempahan dan hasil kerja yang aku dah buat. Tapi tak boleh nak bergerak jauh sebab kayuh sorang-sorang. Mana larat dikk oooiii..tak cukup kaki tangan nak kejar. Masa tu aku dah start blogging. Lebih kepada promote hasil kerja 'beading'. Musim perayaan paling meriah, tak cukup tangan melayan tempahan. Itulah mula aku gunakan nama mirabeads utk link blog. 

Suami isteri ni memang minat nak berniaga. Kena cari produk. Atas idea dan sokongan kawan-kawan, kami cuba usahakan kambing perap sos ladahitam istimewa di bawah jenama Zulls Grill N Spies. Daging kambing terpilih dan sos perapan dan `deep sauce' yang disediakan sendiri. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Kali ni boleh bergerak laju sebab dua-dua orang kayuh bersama-sama. Penyediaan resepi dan bahan mentah - hubby uruskan. Promosi dan pasaran aku fokus. 


BBQ, menu western, kambing perap, grill, bakar

Inilah produk kami. In sya Allah ...kami akan usahakan sebaik mungkin. Buat masa ni masih belum boleh jalan laju sangat. Ada komitment lain yang perlu ditunaikan.


BBQ, menu western, grill, bakar, camping, kambing perap, sosladahitam


Kalau ada yang nak cuba, jangan segan jangan malu mesej aku. Talian admin 012 3180912 / 013 3400912

Boleh juga di dapati di lokasi berikut :

  • Agro Bazaar Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Lokasi belakang masjid
  • BK Fishmart Bandar Kinrara Puchong. Berdepan dengan foodcourt.
  • Az Zain Rawang. Belakang petronas Taman Bersatu.

Hubungi juga wakil jualan kami:

Bukit Mertajam/Sungai Petani 019 5250815
Melaka 017 6293482 (Nurul) / 017 6832142 (Effa)
Puncak Alam / Shah Alam / Sungai Buloh 019 3103476
Klang 017 3210336


Sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil jualan juga dialu-alukan. Rangkaian kami semakin bertambah.

Jom bersama kami. Cuba dulu baru tau. Yang dah cuba kalau ternampak entry ini, sudi-sudikan lah berikan komen anda

.....U Want We Deliver........


4 Comments