Hari Bumi Sedunia ke 45

Wednesday, April 22, 2015

Hijaukan Bumi Kita

Hari ni sambutan Hari Bumi Sedunia.....hijaukan bumi kita. Tema tahun ni `It's Our Turn To Lead'.

Kalau kita perhatikan sekarang ni perubahan iklim dunia contohnya cuaca panas melampau yang melanda negara kita sedikit masa dahulu memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. 

Masyarakat seharusnya punyai kesedaran supaya kita terus kekalkan gaya hidup mesra alam yang mengekalkan kehijauan bumi, mengelakkan pembakaran terbuka, mengurangkan penggunaan kenderaan yang banyak mengeluarkan karbon dioksida yang mampu menipiskan lapisan ozon bumi.

Sayangkan bumi, aku dan en hubby memang akan pastikan adanya pokok-pokok hijau di sekitar rumah kami.  

hijau, hari bumi, selamatkan bumi, pokok mudah jaga

Salah satu aktiviti yang dijalankan dirumah. Tanam pokok-pokok yang mudah untuk dijaga. Maklumlah aku dan hubby bekerja, jadi masa kat rumah agak terhad. Menanam pokok yang tak perlu penjagaan rapi memang kami suka.

Hari ni kat ofis, kami diminta untuk memakai pakaian berwarna hijau sebagai sokongan pada sambutan Hari Bumi.

sambutan hari bumi, 45, hijaukan bumi, sokonglah,jaga ozon

Jom...sama-sama menyumbang untuk selamatkan bumi kita...




You Might Also Like

5 comments

  1. Whoaa .kc pakai bju pink harini haha

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut hari bumi sedunia =D

    ReplyDelete
  3. sayangi bumi Allah swt :)

    ReplyDelete
  4. go green ! mesti kak lya suka sbb hijau..hehe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook