Food Review : Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas Pulau Pinang

Monday, April 27, 2015

Daging dan ikan bakar istimewa

Hujung minggu biasanya ada slot untuk makan-makan bersama keluarga. Selalunya pilih tempat yang dapat review menarik daripada kawan-kawan ataupun keluarga.

Tempat pilihan kali ini ialah Kedai Din Ikan Bakar, Kepala Batas, Seberang Perai Pulau Pinang. Lokasi kedai ini tepi jalan jer ...tak jauh daripada pekan Kepala Batas. Kedai ni dah lama ada. Selalunya kalau korang sampai antara jam 11.30am - 3pm tu memang penuh la terutama hari cuti.

Apa yang menarik?.....jom kita tengok.

ikan bakar, gulai, kari, daging bakar, tempoyak, ulam

Laluan masuk kedai daripada tepi jalan besar. Gambar ni aku ambil daripada fb kedai. Tak boleh nak ambik lain la dengan kanak-kanak ni. Bila sampai sini memang terus tuju cari tempat duduk.

Antara menu pilihan kami sekeluarga hari tu.

ikan bakar, gulai, kari, daging bakar, tempoyak, ulam

Kari telur ikan duri. Terangkat kau....sesekali jumpa memang best!!

ikan bakar, gulai, kari, daging bakar, tempoyak, ulam

Gulai batang pisang. Kat utara ni, gulai batang pisang memang terkenal. Kat sini antara kedai yang masakan gulai batang pisangnya kira boleh terima tekak kami sekeluarga. Anak-anak memang suka gulai batang pisang ni.

ikan bakar, gulai, kari, daging bakar, tempoyak, ulam

Ni la penarik pelanggan singgah kat sini. Daging bakar dan ikan bakar.  Memang power!!! Cicah pulak dengan cili kicap dan air asam. Makan bertambah pun tak perasan.

Selain tu kat sini memang disediakan pelbagai jenis ulam-ulaman. Sorry gambar tak ambil sbb sibuk makan hehe.
Ulam-ulaman ni makan pulak dengan sambal belacan campur dengan tempoyak. Hmmm...meleleh ayaq lioq!!

Banyak lagi menu lain. Memang ada pelbagai pilihan untuk semua lapisan umur. Kalau korang ada kat area berdekatan, apa kata singgah makan dan rasa sendiri.

Alamat :

No 6735, Jalan Butterworth
13200 Kepala Batas 
Pulau Pinang

In Sha Allah dibuka disetiap hari.








You Might Also Like

7 comments

  1. terbaikk sangat makanan kat situ..ayaq asam boi paling best bagi khaty la..ngee

    ReplyDelete
  2. lazat yang amat cheq oiiii

    ReplyDelete
  3. aduhj terus jadi lapooo kruk kurk perut

    ReplyDelete
  4. Nampak sedapp jer kak zie..lya lum penah mkn gulai btg pisang huhu..

    ReplyDelete
  5. OooOooOoo..
    gitu rupa gulai batang pisang tu..

    errmmmm... kena try jgk sekali ni... :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook