94/2015 : Jadilah pemandu yg bertanggungjawap

Thursday, April 09, 2015


Dah hampir 14 tahun aku memandu kereta sendiri ke tempat kerja atau kadang2 balik kampung juga. Macam2 perangai pemandu dah jumpa atas jalanraya. Aku pun kadang2 buat perangai jugak....tu normal rasanya..

Bukan la aku ni terror sangat tp yg pasti ikut peraturan. Kadang2 pemandu ni mementingkan diri sendiri. Bukan persoalkan berkaitan gender...tp kebiasaannya kalau wanita yg memandu tu memang selalu la jadi bahan pada pemandu lelaki.  

Aku paling menyampah kalau tengah2 elok memandu...datang la pulak sebijik kenderaan yg follow ko rapat2 kat belakang ...dah tu siap bagi lampu lip lap lip lap lagi.....angin kalau jumpa pemandu macam tu...kadang2 aku sajer buat tak tahu....bukannya kita pandu slow pun kadang2 dah sama lebih dpd had yg ditetapkan tp depa nak laju lagi......huuhhhh.....

Pandulah kenderaan anda dengan cara berhemah...ingat la mereka yg korang sayangi yg takde bersama.....jangan susahkan mereka ......

Aku share panduan pemanduan berhemah yg boleh diamalkan bersama:

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Kalau letih/mengantuk rehat la dulu atau tangguhkan perjalanan.

    Ini biasa kami lakukan kalau pulang ke kampung. Almaklum kampun nun di selatan ...kami di utara. Perjalanan Kedah - Melaka kurang2 pun 6-7 jam...kalau tak byk pitstop. Biasanya aku dan hubby bergilir2 memandu. Memandu di lebuhraya yg byk lane kadang2 mencabar jugak....

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu  - bukan yg di seat depan, seat belakang pun kena pakai jugak yer..

4. Sentiasa ikut had laju yg ditetapkan - hehe...langgar jugak selalunya....tp berpada2 dan ikut la keadaan jalanraya ketika itu.

5. Kekalkan jarak selamat antara kenderaan - sekurang2nya kalau ada emergency takde ler korang hentam org depan. Tapi yg bengangnya, bila ko dah memang jarakkan antara kenderaan sendiri dan kenderaan di depan tetapi tetiba ada pulak yg cilok dok depan kau...huhuu

6. Berikan isyarat dan patuhi peraturan semasa mengubah lorong. Tengok cermin kiri, kanan dan belakang - kadang2 ko tak perasan ada penunggang motosikal yg menyelit2 antara lorong...

7. Patuhi lampu isyarat - jgn nampak kuning korang pecut ....bukan apa takut tak sempat.....malang tidak berbau yer...

8. Jangan memotong barisan dan jangan menyalahgunakan lorong kecemasan - ni selalu terjadi di lebuhraya. Suka sangat depa ni masuk kot lorong kecemasan terutama bila kenderaan banyak. Jangan la pentingkan diri sendiri dan bahayakan org lain.

Ingatan untuk diri sendiri jugak ni.
Kalau semua org berhemah.....in syaAllah bahaya dapat dielakkan....


You Might Also Like

5 comments

  1. nak jumpa driver yang betul2 prihatin memang susah.....

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang rasa seriau n fobia bila ingat kejadian baru kemalangan baru2 ni...

    nasihat ada mata kene betul2 aleart dan kalau mengantuk jgn memandu !

    ReplyDelete
  3. yang no.6 dengan no.8 tu ain setuju sangat2 kak Azi.....!! huhuhuhuuu...

    geram betulkan dengan pemandu2 yg macam ni.. pentingkan diri sendiri je.. :(

    .

    ReplyDelete
  4. skrg semua memandu ikut syok sendiri je..ishh..kdg2 bengang jugak..

    ReplyDelete
  5. berapa kali dayah jumpa yg memandu dengan x berhemah ni..rasa macam nak kasi helmet jer..huhu

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook