Pasta sedap mudah disediakan


Tiada yg lebih menggembirakan hati ibu selain daripada dpt menyediakan juadah utk keluarga. Biarpun simple..asalkan anak2 suka...

pasta, penne, mudah disediakan, carbonara, mushroom

Breakfast pasta aku pagi ini...hehe..
Breakfast kena macam raja kan??

Creamy Mushroom Penne Pasta

1 bungkus pasta penne (selalu buat speghetti...kali ni anak2 request lain....layankan)
Kepingan daging salai/boleh juga guna daging kisar
Carot (potong dadu halus)- ikut suka
Broccoli (potong2)
Sedikit rosemary kering
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Sedikit garam
1 tin sos carbonara mushroom prego
Sedikit minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih

Rebus penne sehingga lembut. Semasa merebus, aku masukkan juga sedikit minyak zaitun (kalau takde minyak masak biasa pun boleh) dlm air rebusan supaya pasta tidak melekat-lekat.
Toskan pasta.
Racik halus bawang putih 
Panas minyak dlm kuali, masukkkan bawang putih dan rosemarry - goreng sedikit bagi naik bau.
Masukkan broccoli dan carot. Sedikit garam.
Gaul2kan.
Masukkan sis carbonara mushroom...gaul2kan lagi.
Masukkan penne pasta yg telah ditoskan tadi.
Gaul rata . Masukkan sedikit serbuk lada hitam kasar.
Gaul lagi bagi rasa.
Biarkan sebentar, hidangkan dan sedia utk dimakan.

Sepinggan kenyang sampai tengahari....

Mudah utk disediakan....jom cuba!!!


1 Comments