85/2015 : Betul ke NAIK ?

Tuesday, March 31, 2015

Petang semalam fb & wasap aku dipenuhi dengan berita kenaikan harga petrol. Betul ke? Naik lagi??? Adehhhhh...
Baru nak rasa harga rendah..dah naik balik.
Tak boleh nak elak kan?....redhaaa...dalam terpaksa.
Nak komen lebih2 pun nanti kena banned..huhuhuhu....

En suami pun dah mula start2 enjin motor dia balik.  Langkah penjimatan katanya...

Malam tadi pergi beli susu dik wan pun, tokeh kedai dah sound...nanti tambah 6% yer...huhu...tak per akak dah beli stok sebulan...sib baik dik wan dah tak pakai diapers...jimat banyak kat situ.

Sekarang ni dah mula susun...apa yg perlu dikurangkan (hehe..baru sekarang?) actually dah lama cuba sekarang ni kena diperketatkan lagi.  Nilai wang kita semakin susut...

En suami dah bagi ceramah panjang malam tadi...how to plan your family eating habit....wah panjang sungguh...sesekali bila chef kat rumah bersuara pasal makanan. Banyak betulnya cuma implementasinya ajer kurang.  

Kita cuba praktiskan semula yer....


Korang baca quote di atas....korang bleh agak la intipati ceramah panjang en suami mlm tadi...

hehehe......dah melalut..takde kaitan dengan tajuk ......


You Might Also Like

1 comments

  1. terpak sgogle pauper "person destitute of property or means of livelihood," from Latin pauper "poor, not wealthy, of small means"

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook