78/2015 : River Cruise Sungai Melaka

Wednesday, March 25, 2015

Cuti sekolah baru ni, kami sekeluarga berkesempatan balik Melaka....tanah tumpah darahku. Dapat la luangkan sedikit masa menjenguk adik beradik yg ada kat sana. Balik kg pun dah rasa macam pelancong hehe...
Memenuhi permintaan anak2...moh ler kita ber river cruise menyusuri sungai melaka. Aku pilih utk naik sebelah mlm sbb view dia jauh lebih menarik dengan cahaya lampu2 yg cantik. 
Cerita sikit pasal Melaka River Cruise ni. Dilancarkan pd tahun 2008. Perkhidmatannya menyusuri sungai melaka sambil menikmati bangunan2 tinggalan sejarah tinggalan belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan jambatan2 kecil yg suatu ketika dulu adalah laluan pedagang2 di Asia Tenggara. Bangunan2 ini dah dibaik pulih dan terdapat mural/lukisan2 cantik dan menarik sepanjang perjalanan.



Hati pasti tertambat bila sampai area kampung morten. Aku suka pemandangan area ni...


Tak berapa nak clear..

Utk korang yg belum cuba lagi naik river cruise ni korang ada 2 pilihan tmpat naik:

1. Muara sungai melaka (berdekatan muzium samudera)
2. Taman rempah ratus

Harga tiket :
Dewasa rm10
Kanak-kanak RM5

Tapi ada jugak jualan combo...aku tak ingat dah harganya hehe..


Beli yg combo, dpt la sebungkus jajan.

Salute la aku utk kerajaan ng melaka atas usaha yg dilakykan utk menaikkan industri pelancongan negeri. Salute jugak atas initiatif2 yg dijalankan utk pastikan negeri melaka bersih dan indah...

Walau kat manapun aku berada...melaka terap di hati...


Semua pakat letih dah berjalan seharian....jom balik tido...





You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook