72/2015 : Kisah seorang teman...

Friday, March 20, 2015


Pagi ni aku dihidangkan dengan secebis kisah dpd rakan sekolah merangkap rakan se USM ku yg mmg kami kenali sebagai seorg pakar bahasa.  Kalau dulu masa study bila dilambakkan dengan pelbagai tugasan mengejar dateline, rakan ku ini lah yg rajin mengeluarkan cerita2 rakyat dan kisah-kisah yg selalunya berakhir dengan deraian gelak ketawa kami. Kami memang akrab .....

Meh aku share dengan korang kisah nya....

CERITA DARI PASAR BESAR DI PAGI JUMAAT...
Berbeza benar rasanya apabila menemani mak ke pasar sekarang. Tangannya mesti kugenggam kuat betapa dia tidak lagi gagah melangkah seperti dulu-dulu. Hari ini awal-awal lagi dia dah berpesan supaya membeli barang di bahagian kering saja. "Aku tak larat nak pusing pasar ni.."..ok, mak!!
Sibuk betul dia nak beli asam jawa dengan gula melaka.
Mak : Gula Melaka ni berapa ringgit kau jual, nak?
Pekedai : Sebungkus RM6.00 makcik, 2 bungkus RM10.00..
Mak : Bagi makcik dua bungkus ya..
Bungkusan gula bertukar tangan. Mak hulurkan wang kertas RM50.00. Pekedai yang baik itu menghulurkan baki RM40.00 kepada mak dalam bilangan 4 keping not RM10.00. Aku berdiri sebelah mak memerhati urusan jual beli itu. Tiba-tiba, ada satu tangan lelaki menjulur dari belakang antara aku dan mak lalu tangan tersebut cuba menarik sehelai not RM10.00 yang bersusun di tangan mak. Aku terkejut. Mak terus menjerit-jerit..."Heiiii...Heiiii...jangan ambik duit aku..."..serentak aku dan mak berpusing memandang si empunya tangan itu. Aku dah menggenggam beg untuk dihayun ke kepala lelaki itu. Demi terpandangkan mak, lelaki yang berpakaian kemas dalam lingkungan usia pertengahan 50an dan berwatak baik itu tergamam..."Ehhh...ehhh..alamak...alamak!!! Minta maaf makcik...minta maaf, saya dah tersalah orang...saya ingat makcik ni orang kampung saya tadi. Saya bergurau makcik...minta maaf ya..!!"
Mak : Kau ni, siang-siang hari pun kau mengigau!! Terperanjat aku..!!
Aku tak dapat tahan lagi, aku ketawa terkekeh-kekeh dengan peristiwa yang baru berlaku ini...mak pun ketawa. Pekedai yang terkejut itu pun ketawa... Lelaki itu berlalu dengan rasa malu yang teramat!! Adoii haiii...!!
MORALNYA : BERHATI-HATILAH APABILA BERGURAU DI KHALAYAK RAMAI.
Nasib baik tak kena hempuk dengan beg aku yang berat nih!!

Mujur aku di pejabat...tertahan2 mulut supaya tidak meledak tawaku...kalau di rumah dah tentu berair2 mata dibuatnya....
Begitula..sesekali kawanku akan mencoret kisah2 harian di mukabuku yg mana kami memang ternanti2 catatannya. Kisahnya kisah realiti.....dan aku pasti dia seorang guru yg diminati oleh para pelajar.. kerana di jiwanya mmg tertanam sifat pendidik sejati.

Along (panggilan yg aku gunakan)....all the best!!!!
Sorry banyak2 ...balik kampung hari tu aku tak kesempatan bertamu..
And sorry jugak mencedok kisah kau ni ....hehe

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook