63/2015 : Premiera Hotel Kuala Lumpur

Thursday, March 12, 2015

Kebelakangan ni bila ke kotaraya ....aku suka menginap di sekitar Jln TAR.  Bukan nak bershopping pun tp suka nak berjalan2 sekitar area tu disamping mudah menggunakan pengangkutan awam yg ada.

Masa CNY baru ni...plan last minute....asalnya tak nak ke kotaraya..tp bila dah tiba hari perjalanan....hubby ajak stay smlm. Selalu lepak kat Quality City Center Hotel sbb bilik dia besar dengan harga berpatutan....tp dah penuh.

Godek2 jumpa satu hotel ni di bangunan MARA yg mana bertentang ajer dengan Quality hotel. Rate...ok ...bilik...ok...service...ok...berpadan la dengan hotelnya.....makan....ok tp tak  byk pilihan.

Jom aku share gambar yg aku ambil dpd website dia.....Premiera Hotel Kuala Lumpur.







Bilik superior yg kami booking. Agak luas..boleh la dok semua sekali...save..hehe




Ruang makan ..tingkat berapa aku tak ingat..hehe..

Hotel ni lobby nya kalau tak silap di tingkat 25. Bawah daripada tu bangunan pejabat.  

Satu jer yg susah sikit ...parking agak terhad sbb dia share dengan complex sebelah so kalau ko sampai tengahari atau check in dlm kul 3 ptg tu memang puas la nak cari parking.

Tp ritu agak bertuah sbb masa cuti so pejabat tak bukak..parking2 pegawai semua free..boleh la tumpang2...

Pada yg nak cuba...ni aku share link dia. Guna agoda dan booking.com pun boleh tp korang rajin2 la compare harga dan kemudahan sampingan ....


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook