52/2015 : Hasil Kaki Pancing

Monday, March 02, 2015


Weekend baru ni busy...tak sempat menghapdet langsung...

Sabtu sibuk melayan anak2 sorang2 sbb en suami turun ke laut. Angan2 nak mengemas baju bajan yg berlonggok atas sofa pun tak kesampaian. Sigh ...

Antara kesukaan en suami ialah memancing. Dulu back masa baru2 bergelar suami isteri....pancing ikan kat kolam ajer. Maka rajin jugak la roomate dia ni follow. Bila skill makin bertambah, rakan seangkatan semakin ramai beralih pula ke laut.  Dulu buat janji sebulan sekali follow fishing trip..tapi makin tambah umur ni kadang2 stahun 5-6 kali ajer turunnya. Aku ok jer.....


Hasil tangkapan mereka. En suami kata dia tangkap 2 ekor jerrr...
Ikan tenggiri fresh2....


Sistem mereka....sewa bot dan lain2 kongsi samarata. Biasanya satu bot 5 atau 6 org satu trip.  Hasil tangkapan akan diagih2kan secara undian. Dlm tong tu hasil undian en hubby...rezeki....rezeki..


Proses membahagi2 pulak. Takkan kami nak masak semua kan so berkongsi la dengan jiran2 dan kawan2 yg dekat2.


Dah masak pun semalam.....kari ikan tenggiri....ho liawwww...


Tenggiri goreng juga ada...cicah dengan kicap.

Opppsss...pada yg kaki pancing ..lokasinya ialah di tuas Yan Kedah. Memang antara port tangkapan tenggiri.





You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook