Baru download gambar2 percutian di Langkawi disember ritu. Baru terajin nak bukak cerita satu satu. Ok la kan....tak la lambat sangat....delay sebulan jer....hehe..

Ke Langkawi tak masuk dlm plan cadangan menghabiskan saki baki cuti sekolah.  Plan mengejut.....kuasa di hujung jari anda.  Search online dan booking online. tapi bila buat kerja last minute ni sedia maklum lah..kena kluar kos lebih sikit.

Kali ni ke sana lebih kepada berehat. Takde shopping shopping.  Santai...rileks....
Walaupun hati berat jugak nak pergi hari tu sbb kejadian yg berlaku di Pantai Timur terkesan sangat dlm diri kerana melibatkan ramai kenalan.  Terperangkap dlm bah besar yg melanda.  Setiap hari bertanya khabar..selamat kah mereka......

Tapi oleh kerana semua dah ditempah....maka kami pun bergerak jugak la ke Langkawi dengan persediaan sekadarnya shj.  Kali ni naik feri ajer.
Org ramai tak usah cakap la....trip 251214...hari cuti umum .....
Untuk elakkan kesesakan melampau....tepat jam 5 pagi kami dah terpacak di jeti Kuala Perlis. 530am kaunter tiket buka....terus beratur.....maka dpt la naik trip feri pertama jam 7am. Sempat la solat subuh dahulu. Sebelum 10 pagi kami dah meronda2 di Langkawi...mencari tempat brunch hehehe....nak check in lambat lagi....ronda2 la dulu.

Memang trip yg santai sesangat..memang trip berehat sebelum sekolah buka semula.....




Ini budak yg paling seronok bermain pasir, berendam dlm kolam....berlari di dataran....hehe....Alhamdulillah mujur tak demam..



Di perkampungan Mahsuri.  Tempat terakhir kami melawat. Menarik tp perlu lebih banyak penjagaan.


Nanti aku cerita pasal penginapan pulak.....hehhe....

0 Comments