Pagi ni aku nak cerita pasal business pulak.  Ceh...macam hebat2 jer kan..
Tak la jualan kecil2an.....mengisi masa senggang di samping menimba dan menambah pengetahuan.....tambah kawan jugak....

Menghampiri tahun pertama, aku dan hubby berkecimpung dlm dunia usahawan....bukan sepenuh masa....aku masih ada tanggungjawap di pejabat...hubby juga.  Apa yg kami lalui ini adalah sesuatu yg baru. Pada awal2 2,3 bulan pertama mmg agak penat lagi memenatkan. Apa tak nya...dengan berbekalkan modal yg terhad kami kena lipatgandakan usaha dan menimba ilmu.  Terus terang cerita, masa terhad utk aku ikuti kelas2 usahawan yg diadakan. Aku gunakan kaedah belajar menerusi internet...pengamatan persekitaran dan belajar drp kesilapan. Alhamdulillah sedikit demi sedikit kami perbaiki product kami.





Kami berbangga dengan produk sulong kami ini...Kambing Perap Sos LadaHitam. Alhamdulillah  impian terlaksana walaupun belum tercapai sepenuhnya.  Apa yg membezakan product kami dengan keluaran lain?.....haaaaa..yg tu korang kena try dulu....setakat ni feedback yg diterima alhamdulillah.  Ramai yg repeat order....membangkitkan lagi semangat kami......

Bagi yg nak mencuba, korang boleh tinggalkan mesej di sini beserta ctc no atau korang terjah fb kami dan tinggalkan mesej di inbox.


Contact no kami dan lokasi wakil jualan semua ada update kat situ.

Nanti kita cerita lagi pasal product.......mula-mula sekadar hobi sekarang hobi memulangkan hasil......syukur alhamdulillah....

0 Comments