Pacific Regency Hotel Suites

Thursday, November 14, 2013

Masa aku ke Kuala Lumpur hari tu aku dok bermalam di Pacific Regency Hotel Suites yg terletak di Jalan Punchak betul2 bertentangan dengan Menara Kuala Lumpur.
Kali ke dua ke sini. Pertama kali hampir 9 tahun lepas. Banyak jugak yang berubah terutama dari segi reka bentuk dalaman bilik dan jugak dah banyak bangunan lain yg tumbuh sebelah hotel ni ...dah tak dpt tengok pemandangan luar...tak best kan??....Tapi aku nak tidor & rehat jer ok la.....

Satu yg aku tengok sama cam dulu..hotel ini lebih banyak dihuni oleh pelancong asing. Mungkin lokasi nya yg berdekatan dengan tempat2 menarik sekitar KL kot...

Caj bilik tak la mahal sangat ..yg selesanya nya bilik dia besar ...sesuai utk kami sekeluarga.
Ada unsur2 gaya apartment jugak sbb ada dapur kecil disediakan tp rasanya tak boleh la nak memasak mcm kat rumah...nak panas2 tu boleh la kot.

Tak byk gambar yg aku boleh share...budak kecik selalu berebut ip ngan aku....

dan dah tak teratur..hehhe
Ni suasana tempat makan....tak besar sangat tp cantik susunannya. Makanannya pun ok la...and caj per kepala utk breakfast aku bli semasa booking bilik adalah RM20 shj utk dewasa....makan la banyak mana pun kan ...dah buffet...hehe
Aku beli voucher 4 keping jer cadangnya utk amira yg berumur 8 tahun tu nak bli walk in ajer...sbb kadang2 ada hotel yg tak kenakan caj utk dia. Dan rezeki jugak kali ni amira dpt FOC.




Gambar ni aku google ajer.
Pemandangan dpd depan....cam cantik jer kan hehhe

Gambar ni pun google jugak.
Aku tak sempat ambik...elok2 masuk bilik budak2 ni dah terjah katil sorang satu .......

Asalnya aku booking bilik superior w/out breakfast ajer...superior diapun luas jugak.
Masa check in depa upgrade bilik jadi Premier Executives Suite tanpa tambahan caj.
Bilik cam kat atas...cantik sangat...bantal banyak siap ada sofa panjang utk rehat2...



Tak caya?...tengok gambar atas ni...yg ni aku ambik sendiri...tu pun arah ke depa jer...kiri kanan semua dah berterabur....


Gambar ni pun koleksi sendiri. 
Kolam renang bahagian atas sekali di tingkat 34. Boleh nampak KLCC. Budak2 ni geram nak berendam terutama adik wan...tp tidak kali ini....ada aktiviti lain yg nak dibuat. 


Satu kebaikan hotel ni adalah dr segi security. Kalau korang tak menginap kat sini memang takde la korang boleh nak naik melawat sedara mara yg bermalam kat sini sbb naik lif pun guna kad bilik.
Kalau tak touch kad tersebut kat sensor dlm lift...memang lift tu tak ke mana laaa...

Ni la kad access utk lift, bilik dan fitness centre. Bawah tu lokasi hotel ni siap ada GPS koordinate lagi.

Maklumat lanjut kalau korang berminat boleh la terjah


Sempena cuti sekolah da dekat ni...harap info ni dpt membantu korang2 yg nak dtg KL dan masih mencari2 tempat bermalam..


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook