Kita tidak tahu apa yg anak2 inginkan kalau kita tak cuba mendalami minat mereka.
Sebagai ibu aku tidak pernah kongkong minat anak2 sejak kecil lagi..asalkan boleh diterima akal.


Budak kecik ni tak boleh jumpa pensil/pen /pensil color dan kertas / buku.
Memang habis dicontengnya....setakat ni dinding rumah masih selamat lagi.
Di usia 2 tahun 1 bulan...cara dia pegang alat tulis sama macam kita...cumanya garis2 cacing ajer la yg terlakar di atas kertas buat masa ni.
Kata org anak pertama...ibu bapa perlu beri tumpuan lebih..anak kedua...selain daripada ibu bapa ada abang/kakak yg jadi idola si adik...yg ini dah no 4...dia ada ibu bapa dan abang kakak yg jadi cikgu.
Setiap kali abang kakak nak buat kerja sekolah atau membaca buku..dia akan follow. Rumah tak usah kata kalau hari cuti memang bersepah la dengan kertas merata2 ...hasil kerja si kecik.

Aku mahupun hubby..hmmm..biarkan ajer...dia sedang meneroka dunianya....
yer...biarkan anak2 ini meneroka dunia mereka....kita perhati kita dorong dan kita pupuk minat yg sesuai dengan mereka...

## cuti sekolah menjelang tiba...apa aktiviti utk anak2?

0 Comments