Menara Kuala Lumpur

Friday, November 15, 2013

Di Kuala Lumpur hari tu aku berkesempatan ke Menara Kuala Lumpur. Salah satu mercu tanda kebanggaan Malaysia. Kali ke 3 ke sini. Pertama atas urusan kerja ....sempat makan malam di restoran berputar, kedua semasa anak2 masih kecil dan ini yg ketiga.

Dah hotel betul2 depan menara ni takkan tak nak terjah kan...
Aku cuma bawa anak ke Observation Deck ajer....tu pun tiket staff price..hehehe


Dari luar hotel memang boleh tengok pemandangan ni...cantik...


Korang kalau tak bawak kereta pun takper....tiba kat pintu masuk bahagian bawah ni ada disediakan shuttle percuma utk ke menara. Kalau nak menapak dengan budak2 kecil memang penat la....tu pondok menunggu dekat dengan iklan color pink tu. Kenderaan biru tu bukan shuttlenyea yer..tu teksi memang berderet2 dok parking depa hotel ....so kalau dok kat pacific regency ni memang tak perlu risau bab nak cari teksi.....sediakan duit jer...


Pemandangan dari Observation Deck Level1 menara. Tak berapa terang sbb baru lepas hujan dan nak dekat senja..plan nak naik lebih awal tp disebabkan hujan lebat sangat tu yg lambat naik.


Aku suka gambar yg ni. KLCC dari jauh dengan kesibukan kotaraya. Kalau clear sikit mesti lagi cantik tp akak guna camera handphone jer dik nonnnn.....tak kuasa nak mengusung kamera bagai....
Ada lagi tempat menarik yg korang boleh terjah kat sini....tp macam aku kata tadi sila sediakan duit yg mencukupi.....


Maklumat lanjut dan harga tiket korang boleh explore kat sini :


Musim cuti sekolah ni ada harga istimewa dan jugak pakej2 lawatan menarik....


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook