Ingat lagi entry aku kat

SINI 

Aku share satu persatu dulu yer....

Sabtu lepas kami sekeluarga ke ibukota Kuala Lumpur meraikan kejayaan abg Irfan menamatkan program Kumon Mathematic beliau.
Yes..dah tamat setelah hampir 4 tahun beliau bermain dengan latihan2 kumon setiap hari.
Hasilnya alhamdulillah....


Tahun ni program diadakan di Prince Hotel, Jalan Conlay



Bersama dengan General Manager Kumon M'sia Mr Masahiro Takatsu di sebelah kiri abg irfan. Yg sebelah kanan tu pun mat jepun jugak...tak sempat aku nak ingat nama dia.
Last year anak aku paras telinga si masahiro tu jer tp tahun ni dah sama tinggi..cepatnya masa berlalu.....

Selain daripada award utk completer, award jugak diberi utk pelajar yg dah capai level 5 years ahead of school leve. Korang bayangkan bila ada budak kindergarden yg naik pentas ambik 5 years ahead math & english punye award.....tabik springggg aku!!!

Ini lah kegembiraan kami untuk anak2 dan sebagai parent even event yg kecil sekalipun akan kami cuba sertai sebagai sokongan pada anak-anak....


Sharing something about program Kumon.
Jangan join program ini  untuk lulus exam semata-mata. Ini lah ayat pertama yg teacher kumon bagitau kami semasa mula2 kami join trial free class kumon math. Kumon adalah program mendisiplinkan anak2 belajar sendiri, faham dan cuba...self innitiative learning.
Kalau join sbb nak lulus exam selalunya akan lebih dpt tekanan sbb nya bukan semua sylibus sekolah diajar dlm kumon dan tidak semestikan anak berada dlm darjah 4 akan belajar subject related darjah 4.
Ada beberapa org yg aku kenal lastly berhenti hantar ke kumon atas alasan byk latihan dan tak sama dengan apa yg dipelajari di sekolah.

Bagi kami suami isteri bekerja memang program ini amat membantu. Anak2 secara sendiri akan belajar dan buat latihan hari-hari.  Anak2 kami lebih takutkan arahan guru atau teacher tuition berbanding dengan kami bila bersangkut paut dengan kerja2 sekolah dan yg seangkatan dengannya. Even utk satu subject shj tp secara tak langsung subject yg lain jugak akan ikut .....mereka self learning. Cari masa sendiri utk buat latihan. Bohong kalau aku kata kami tak membebel ...ada jugak..sbb naluri kanak2 bermain & seronok agenda utama....jgn nafikan hak mereka....

So...pada sapa2 yg nak mencuba program ni....Kumon Center seluruh negara sekarang ni akan buat trial class utk math dlm November ni...so korang boleh try test dulu..ok ke tak....kalau ok boleh lah join ....

**entry ini just for sharing ajer yer.....tak bermaksud yg lain....



0 Comments