Kawan Lama

Monday, October 07, 2013

Apa khabar semua?
Aku ok..cuaca di Penang ni mendung jer dpd pagi tadi.  Pagi tadi pun ujan lebat.....sejuk jer ni...dpt bantal best gak hehehe...

Weekend baru ni aku berjumpa dengan classmate masa f6 dulu....punyer ler lama kitaorg tak jumpa...hampir 22 tahun...huuhhuu..
Aku memang lost contact dengan dia. Jumpa semula sbb kami dok mengumpul kawan2 utk reunion end year nanti.  


Nama kami sama....ayah kami pun sama2 cikgu sekolah....family aku memang rapat jugak dengan family kawan ku ini. Alhamdulillah memang syukur sangat2 dapat berjumpa dia.  Macam2 cerita nak sembang tapi tak cukup masa. Plan nak jumpa petang tp since masing ada agenda belum selesai...kami jumpa malam.  Sib baik en hubby ok jer bila aku ajak ....almaklum hari tu hujan....
Ni la dia.....saiz masing2 dah berubah hehe.
Aku wassap gambar ni kat geng f6 yg lain...semua tak kenal aku...huhuuhu...memang jauh beza dulu dan sekarang.....


Berjumpa di sini Mee Udang Banjir D'King Sungai Petani.
Lokasi : korang masuk exit highway Sungai Petani Selatan..jalan terus sampai korang nampak signboard Giant...dekat2 situ la.
Nak cerita byk bab lokasi ni pun tak berapa nak cekap sbb aku ke sana malam dan hujan pulak tu...korang google jer boleh jumpa :)

Sapa2 yg nak merasa makan mee udang besar boleh la singgah sini.
Aku tak berapa kisah bab makan sebenarnya malam tu sbb dah makan siap2 kat rumah...aku lebih teruja jumpa kawan lama.
Tapi boleh tahan jugak la rasa mee udangnya....tp aku prefer lagi mee udang teluk kumbar hehe


Ni dia...punye besaq udang dia...
Alhamdulillah moga lepas ni dpt lagi jumpa kawan2 lain......

You Might Also Like

2 comments

  1. Besarnya udang..kat melaka ni udang kecil2

    ReplyDelete
  2. hikhik....mai sini ibuayu makan udang besar....

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook