Aduhai...lama tak mengupdate....

Diam tak diam dah sebulan aku hidup tanpa bantuan seorang yg bernama ..maid a.k.a bibik...a.k.a pembantu rumah. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun penat tp aku suka. 7 tahun melayan kerenah si pembantu (3 org yg berbeza)..cukup la dulu.....aku rasa kami boleh uruskan rumah, anak-anak ..kerja dengan baik.
Terima kasih pada anak2 dan hubby yg memang banyak membantu....

Banyak cerita yg tersadai utk dikongsikan....nanti2 la aku cuba share kat sini ...

Pada 9hb Disember yg lepas - usia makin bertambah. Alhamdulillah masih diberi peluang utk terus bernafas menikmati hidup ini bersama keluarga tersayang......
Aku raikan hari istimewa ini bersama2 dgn pasangan pengantin ni. Kenduri rumah paksu sebelah hubby di Parit Buntar.....balik kenduri...aku nyaris2 terpijak si ular kapak...lepas tu aku dan hubby dua2 tumbang penangan sakit kepala yg datang secara tiba2......


Ni la sebahagian kulaan sebelah hubby....

Akhirnya berjaya aku upload semula gambar dlm blog aku ni..yahhhhoooooooooo....

0 Comments