Minggu lepas sukan sekolah irfan dan adik2 hehe....sbb tiga2 dok sekolah yg sama...sek keb sri limau lunas. Sekolah pinggir bandar...tak besar mana so sukannya pun tak la segah mana tp cukup utk memeriahkan anak2 yg ada. Mak bapak pun tumpang gembira melihat anak2 berlari2 di atas padang.

Berlangsung pada hari Khamis 2 minggu lepas....hari bekerja yer...so mak dia ni kenalah ambik cuti lepas dengar anak2 kata ....alah tak best la kalau ibu tak mai.....atau dengan kata lain..alahai sapa yg nak antar dan ambik kami kat sekolah nanti.....hahhaha...wahai anak2 dah faham benar la dengan  ayat2 yg korang ucapkan tu.....tak per la ibu faham.....dan ibupun tumpang seronok la ambik cuti meraikan hari sukan bersama....


Ibu suka nak pergi sbb nak tengok irfan mengetuai kontigen sukan tahun ini.....irfan dipilih untuk membaca ikrar sukan sekolah......terharu bila dengar suara lantang dia berikrar....

Antara anak2 yg masuk perbarisan .....tengah panas masa ni....tp budak2 ni aku tengok cool ajer.....cikgu pulak tarik aku jadi pengadil acara perbarisan.....aku siap cakap..cikgu nanti sy bagi markah lebih kat rumah sukan anak saya boleh tak?....hahhaa........tp sebenarnya aku pun tak tahu anak2 aku rumah sukan yg mana...so kira fair la kan markah yg aku bagi...hehhe....selain aku ada 3 org lagi waris yg diberikan tugasan ini.

Seronok nak pi sukan ni juga disebabkan -amira ambil bahagian  sukaneka....ni tengah tunggu giliran.....panasnya nak oooiiii.....

acara sukaneka amira.....perah air guna span masuk dlm botol.....dengan budak2 dengan cikgu2 dengan mak2 sekali sibuk bagi semangat.....

Satu lagi sebab aku seronok nak pergi sukan ni.....tengok acara persembahan senamrobik afiah....abis bersenamrobik 1 mesia....dia masuk lumba lari pulak....

anak sedara kami - dipilih sebagai olahragawati sekolah....semua yg lari2 dan lompat2 dia menang....baru darjah 5 ni tp ketinggian dah melebihi mak dier....tahniah Sara!!

Aku seronok nak pi sukan ni sbb nak tengok irfan dpt pingat utk acara lontar peluru.  Irfan dpt naib johan...bila tanya kenapa tak johan, dia kata tak boleh lawan ..hehhe bila tiba sesi ambik hadiah baru tau kenapa irfan cakap camtu...yg tengah tu johannya....hehehhe...

Apapun walaupun hari tu panas sesangat tp kami semua gembira.....dek kerana penat menunggu budak2 ni kat padang.....malamnya mak dia dpt hadiah gantung kuali.....makan kat kedai ajer...hahahhah

0 Comments