Dah banyak hari aku nak sharekan info ni kat blog ni tp asyik tertangguh ajer (tu tak masuk kira entry2 tertangguh lain lagi.....hehe) So hari ni di kesempatan yg sedikit ni aku sharekan info yg aku dpt dpd paed anak2 aku. Kes2 berkaitan rotavirus ni byk berlaku kat Perak baru2 menyebabkan 2 kematian kanak2.

(note :sumber info - risalah dpd klinik)

Apakah itu rotavirus?
Rotavirus adalah sejenis virus perut yg mudah dijangkiti.  Hampir semua bayi akan dijangkiti rotavirus sebelum usia 5 tahun.
Terdapat pelbagai jenis rotavirus tetapi hampir 95% dari jangkitan di seluruh dunia adalah disebabkan oleh 5 jenis rotavirus yg paling lazim.

Kenapa rotavirus begitu serius?
Rotavirus mudah dijangkiti menerusi sentuhan biasa setiap hari.  Malah ia boleh menyerang tanpa amaran.
Jangkitan rotavirus mungkin disangka sakit perut biasa tetapi ia boleh melarat sehingga menyebabkan kes muntah-muntah atau cirit birit melebihi 20 kali sehari.  Simptomnya boleh berlarutan sehingga 9 hari.

Antara simptom rotavirus adalah:
Cirit birit, muntah-muntah, demam - simptom  ini boleh menyebabkan dehidrasi.

Bayi yg telah dijangkiti dengan teruk perlu dibawa ke hospital.
Doktor tidak dapat meramal sama ada bayi anda akan mengalami jangkitan rotavirus yg serius.

Adakah bayi saya dilindungi?
Sekadar membersihkan rumah dan kerap mencuci tangan tidak cukup untuk melindungi bayi anda daripada jangkitan rotavirus.
Sabun dan produk pencuci yang lain tidak dapat membunuh virus ini.  Ia mudah merebak dan mampu hidup selama beberapa minggu pada barang-barang mainan dan permukaan permukaan di dalam rumah.

Bagaimanakah saya boleh melindungi bayi saya?
Mujurlah kini ada vaksinasi yg dapat mencegahkan jenis-jenis rotavirus yg paling lazim.
Vaksinasi ini diberi secara oral dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan.

Bilakah masa yg terbaik untuk memvaksinkan bayi saya?
Bayi anda harus diberi dos yg pertama sebelum usia 3 bulan. Jangan dilengah-lengahkan.

Apakah yg harus saya lakukan seterusnya?
Bincanglah dengan doktor anda tentang jangkitan rotavirus dan dapatkanlah vaksinasi untuk bayi anda hari ini.

    *************
Last saturday aku bawa dzakwan pi klinik - rutin monthly. Bulan ni utk suntikan pnumacoccol dan 3rd dos vaksin rotavirus. Alhamdulillah selesai 3 dose vaksin ni. Actually vaksin rotavirus belum menjadi vaksin wajib di klinik2 kerajaan, kalau korang pergi private vaksin ni optional - nak ambik boleh tak nak pun boleh terpulang pada korang.  Since sekarang ni macam2 penyakit mudah sangat merebak, aku dan hubby decide utk ambik a few optional vaksin yg paed cadangkan. Vaksin tambahan yg diambil ialah pnumacoccol dan juga rotavirus. Pnumacoccol berbentuk suntikan dan rotavirus berbentuk macam gel cair...so macam makan ubat ajer. 

Pada korang yg mampu, ambik la optional2 vaksin yg sesuai (consult dulu dgn paed korang)...kita berusaha....segala yg terjadi adalah ketentuanNya........

0 Comments