Tak best pun....

Friday, January 06, 2012

Walaupun org ramai dah memperkatakan tentangnya tapi aku baru berkesempatan tengok Ombak Rindu.  Ramai sangat yg kata best sampai berjuraian ayor mata menontonnya.  Maka aku pun tertarik la jugak nak tengok suh hubby langgan kat Astro bagi memenuhi masa cuti tahun baru ari tu.  3 kali aku tengok...memula tengok dpd tengah cerita sampai abis.....tak puas hati .....pastu tengok pulak dpd awal sampai tengah cerita tak puashati jugak.....so malam minggu ari tu....since ahad anak2 nak sekolah so aku suruh diaorg tidor awal, dzakwan pun memang jenis tidor awal...kalau terjaga pun bagi susu tidor balik...tak byk hal. Malam tu hubby keluar mengeteh ngan kawan2 so tinggal aku sorang2 kat rumah...maid aku dah lama berlayar mimpi balik indon kot ..hehehe..
So malam tu misi aku seterusnya tengok OR tayangan tengah malam kul 12 gitu.....kali ni aku nak tengok dpd awal cerita sbb nak tau jugak tang mana la org kata besh sangat tu......hasil nya so so la. Aku tengok cerita tu biasa jer....macam cerita2 dlm drama2 melayu layan.....mungkin lebih tang pelakon.....as always kalau azizah mahzan tu melakonkan watak sedemikian aku memang menyampah giler..heheh....kira menjadik la lakonan dia. Yang lain2 ok2 jer....dan aku .....tak setitik pun air mata yg keluar....tak sefeel baca buku cerita.
So conclusion aku : since sekarang ni macam musim nak adaptasikan filem melayu dpd buku cerita, tolong la create kan script yg baik....aku rasa Cinta Elysa lagi best!!!
Pada peminat2 OR sorry la kalau korang terbaca komen aku ni....kawan aku kata aku takde perasaan ...sbb dia 2x tengok 2x jugak la menangis.....hmm..masing2 punyer penerimaan....

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook