Kisah Berpantang

Tuesday, November 08, 2011

Memula nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua blogger yg rajin menyinggah kat blog chik la ni.
Pastu mai la chik la cerita serba sedikit kisah berpantang chik la kali ni. Alhamdulillah tinggal lagi 4 hari settle la 44 hari...pastu dok kira hari pulak nak masuk kerja balik.....huhu bila dikenangkan email yg berlambak2 masuk setiap hari...tak sanggup rasanya nak pi ofis ..tp kalau tak pi ujung bulan tadak fulus pulak...hehe...kerja..kerja....masih perlukan kerja lagi buat masa nih.....:)
Okey...berpantang chik la tak la terlalu mengikut larangan org dulu2.....buat yg basic2 ajer memandangkan  sepanjang berpantang ni takde yg menjaga...jadinye pandai2 kami la suami isteri menguruskan. Terima kasih yg teramat pada hubby yg memang banyak menolong (memang kena tolong pun kan hehehe)....sepanjang 2 minggu awal sesi berpantang tu memang hubby la yg jadi tukang masak utk keluarga. Keluar masuk uruskan anak2 tuition, mengaji. Nasib baik ada bibik kat rumah jadinyer urusan kemas rumah, siap2kan anak2 ke sekolah, basuh baju ...semua bibik settlekan. Bibik kali ni memang `out' sikit hal2 ke dapur nih...
Lepas 14 hari chik la dah mula masuk dapur memasak....nak buat macamana takkan tiap2 hari hubby nak ambil masa lebih masa break tengahari utk balik masak kan...nasib baik jugak la ofis hubby tu tak sampai 10 min dpd rumah kami....
Sesi mengurut dibuat lepas 7 hari....ok la ringan sikit badan lepas berurut....ubat?...dpd anak yg pertama chik la memang gunakan set berpantang Nona Roguy....alhamdulillah rasa selesa dengan NR ni....nak membuang pun senang, susu pun banyak, badan rasa ringan dan berpeluh. Tapi kali ni chik la start makan NR lewat sikit sbb Dzakwan ada kuning. Lepas 18 hari baru chik la mula makan NR nih. Kali ni kuning baby lama sikit....tp bacaan bilirubin taklah tinggi sangat...kesian dzakwan selama 2 minggu tu dok ulang alik ke klinik utk ambil darah....
Bengkung- on of kat badan chik la ni. Macamana nak concentrate pakai sat2 nak kena gi klinik...sat2 nak kena buat tu...sat sat nak kena buat ni....last2 chik la tak pakai pun....jgn ikut cam chik la....
Apapun alhamdulillah chik la sihat dan ada tenaga utk uruskan semua. Dzakwan pun masih lagi fully susu ibu. Stok EBM pun chik la dah sart buat since hari ke 4 bersalin lagi......insyaAllah walaupun tak banyak harap2 dpt membantu utk fully bf sehingga 6 bulan dan seterusnya setahun dan kalau boleh dan diizinkan hingga berusia 2 tahun....insyaAllah...
ok la chik la kena stop dulu sebelum dzakwan bangun tidor...kalau dia dah bangun nak kena layan bersembang pulak....dzakwan dah pandai tegur kita kalau nampak ada org depan dia...dah pandai senyum2...alhamdulillah.....

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam Aidil Adha dr kami sekeluarga....jaga pantang betul2 tau...smoga cpt sihat... :)))

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook