Salam Lebaran Untuk Semua

Friday, August 26, 2011

Hari terakhir bertugas sebelum bercuti panjang utk menyambut kedatangan Syawal. Alhamdulillah dah masuk hari yg ke 26 kita berpuasa. Ingat dulu masa kecil2 di kampung..hari ni sibuk dah cari pelita, minyak tanah, pacak kayu keliling rumah sbb satgi lepas berbuka nak pasang pelita......sekarang ni tak buat dah..pasang lampu berkelip2 jer kat dinding rumah....lagipun sejak semalam kat kulim, penang hujan turun tak henti2....hari ni pun cuaca mendung jer....sian kat baju bajan kat rumah tak boleh nak kering.....mula memikirkan stok baju yg perlu dibawa balik kampung nanti dlm cuaca begini dan yg pastinya ruang menyidai kain agak terhad memandangkan ramai rakyat jelata yg akan turut berada memeriahkan suasana syawal nanti...
Bagaimana persiapan semua.....chik la buat ala kadar ajer.  Alhamdulillah baju2 yg nak dimanikkan pun hampir selesai....nanti bila free2 lepas raya chik la tunjuk gambar kat sini.
Kuih raya yg ditunjuk semua dah ada di tangan....dah siap rasa dah pun....
Ok la di kesempatan ini, chik la nak mohon maaf kalau2 ada tersilap tulis ke dlm blog @ komen chik la...kot2 ada yg terasa hati.....
Sapa2 yg berjalan jauh pulang ke kampung halaman raya ni...didoakan semoga selamat, pandu lah berhati2..ingat mereka yg sedang bersama dengan kita dan yg sedang menunggu kepulangan kita.
Chik la beraya kat kg hubby ja kat perak....sedih jugak tak dpt balik melaka....sbb tu mood raya tak berada nak ada......hmmmmm....





Selamat Hari Raya Aidil Fitri dpd kami sekeluarga..........

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook