Suatu Ketika Dulu

Thursday, July 28, 2011

Godek2 pc ni terjumpa pulak gambar dulu2 masa chik la beraktif2 dengan sales tempat chik la bekerja ni.  memang seronok tak boleh nak kata masa buat sales dulu....jarang benar dok kat dlm opis.  Bila management announce nak buat competition antara team sales lagi la seronok sbb target nak menang ..selain dpt seronok boleh dpt habuan RM. Kami satu team walaupun  kekadang bertelagah, terasa hati, stress dan macam2 lagi tp kami still team yg terbaik.
Since mid 2009, chik la dah tinggalkan team sales ni, masuk support team pulak. Atas sebb2 yg chik la tak boleh nak khaborkan kat sini, chik la minta ditukarkan ke team support atas alasan nak cuba benda baru. Chik la dok kat dlm sales team hampir 11 tahun....bak kata org kalau dulu memula masuk staff boleh `goreng' kita...sampai la kita boleh baca gerak laku staff yg ada...
Kat support ni pun ok jugak tp tak la agresif macam team dulu....kat sini semua lembut2, cakap slow2 yer la nak berhadapan dengan pelanggan yg macam2 kerenah....kena marah pun tetap senyum!!!
Walau apapun alhamdulillah, dah 14 tahun chik la kerja dlm kompeni ni...rezeki masih di sini....


Ni la team sale chik la dulu...kakak2 yg sentiasa agresif bila buat kerja...yg berkot tu big boss state masa tu. Ni gambar masa terima hadiah utama jualan.  Slim body masa tu...sekarang ni huhuuhu...tunggu nanti kita slim down balik..hehehe

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook