JjCm Kuala Gula

Thursday, April 28, 2011

Tak lama lagi cuti hujung minggu datang ...tambah2 pulak 1 May jatuh hari Ahad pastu Isnin cuti lagi..hehe....so boleh la plan apa2 yg patut utk diri sendiri dan keluarga.  Chik la tadak plan apapun week end ni....memenuhi jemputan kenduri selebihnya kena tengok anak2 yg akan menjalani peperiksaan penggal minggu berikutnya.....tunggu cuti sekolah nanti la kalau nak panjang langkah pun.....di samping tengok poket jugak..haha
Entry kali ni nak kongsi pengalaman kunjungan kami sekeluarga dlm edisi JJCM 3 minggu lepas.  Kali ni lokasi kami pilih ialah Kuala Gula, tak jauh dpd kg hubby di Bagan Serai.  Cadangnya nak carik kedai makan yg jual ketam lembut yg pernah disiarkan dlm Majalah 3 back few month ago...chik la pun tak ingat dah. Nak ke sana tak la susah sangat memandangkan hubby familiar jugak dengan jalan2 kat situ walaupun dah lama tak ke situ. 

Jom kita layan gambar sambil chik la story mory yer...

Nak cari tempat makan tu tak susah...carik jer Kuala Gula Sanctuary Resort..mesti boleh jumpa tempat makan tu..namanya Restoran Terapung..bersebelahan je pun. Sapa2 yg nak bermalam boleh bermalam kat resort ni...

Kat tepi restoran tu boleh la tengok bot2 yg digunakan oleh nelayan yg nak carik ketam nipah dan lain2.

Ni antara ketam nipah yg dijual di situ. Boleh beli.....harganya tak la mahal sangat...hubby beli lebih kurang 8-10 ekor sederhana besar dan ada telur dlm RM20 jer....puas makan...masak sweet sour ke...steam ke....tp ketam ni kulit dia keras tak boleh nak kekoh dengan gigi...so selalunya chik la akan ketuk dulu sebelum masak....

Abaikan gambar org2 itu....tu antara pelanggan yg ada...nak tunjukkan gambar chalet resort tu dpd belakang....anjung belakang resort memng dok dlm air...so sapa2 kaki pancing boleh la dok memancing dpd chalet jer......

Gulai ikan sembilang....antara menu utama kat sini...not so bad...rating 3/5 la..kurang rasa sket...

Ketam lembut 3 rasa.....ni la tujuan kami ke sini....sedappppp

Menu lain yg kami order kangkung goreng, ketam nipah masak cili, udang goreng tepung....nasi nya sepinggan korang boleh makan 2 org....punyer le byk....kami hari tu order sorang sepinggan ingatkan macam kat kedai makan biasa la....bila sampai huhuhu...terkejut kejap sbb punyer le byk...sendat perut nak bagi perabih.....


lepas makan dah kenyang ...sambil menyandarkan diri....ambik gambar restoran ni...masa ni org tak ramai lagi..sbb kami sampai awal dlm pukul 5.30pm..kul 6 dah makan....maklum la tengahari tak makan ....

You Might Also Like

2 comments

  1. Sedapnya tengok Ekor ikan sembilang tu. Masak asam pedas lak tu...

    Murah harga ketam tu. Klaau kat s alam tu..emmmm

    ReplyDelete
  2. kak yan - sesekali pekena sembilang mmg best! hehe...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook