Meow

Thursday, March 03, 2011

Suka kucing? Dulu zaman kekanak....chik la memang suka kucing..suka sampai kucing tu boleh tidur sama2 dgn chik la cuma makan jer tak sama pinggan. Banyak ekor jugak la chik la jaga silih berganti. Yang terakhir ialah 3 ekor kucing kacukan parsi/kampung ..lepas kawin chik la bawa dpd Melaka pindah ke Kedah sbbnya kucing2 tu la yg jadi peneman arwah mak  semasa chik la pergi meneruskan study di USM. 
Tapinya bila dah ada anak, minat memelihara kucing ni semakin berkurangan sampai sekarang chik la memang pantang kalau kucing masuk dlm rumah.  Irfan dan Amira suka kat kucing tp afiah tak berapa berminat dengan binatang ni. Kat rumah sekarang ada 2 ekor kucing yg datang ntah dpd mana. Kucing ni Irfan yg kutip masa kecik2 dulu sekarang ni dah besar panjang.

ni la si meow yg irfan ambik dpd kecil lagi. Takde nama, ikut suka la masing2 nak panggil aper...hehe. Chik la panggil si hitam ...dia ni memang tak boleh tengok chik la...suara chik la pun dia dah kenal. Kalau dia nampak atau dengar suara chik la memang dia lari sebatu sorokkan diri. Tak pernah pukul tp selalu marah kalau dia masuk rumah....betul2 tak suker.....selalu  dia curi2 masuk bila nampak line macam clear ajer...tp selalunya kelibat dia dlm rumah memang chik la perasan. Dia ni kalau kami takde rumah pergi bercuti atau balik kampung, dia akan duduk kat depan rumah atau depan pagar, bila nampak kereta kami cepat2 datang kejar...sama sibuk kat pintu kereta menyambut kepulangan. Tp yg menyakitkan hari chik la dan hubby dia suka buang hasil kat halaman rumah...bau busyuk la....Pernah sekali tahun lepas hubby `buang' dia di deretan kedai makan di hadapan taman rumah chik la...ye la nak buang pun biar la di kaw dia senang carik makan (kami tak la kejam sangat tau......) Seminggu genap kelibat dia muncul balik kat rumah chik la.....betul la org tua2 kata kucing kalau kita bela dpd kecil, letak la kat mana pun dia tau jalan balik....huhuuhu....lepas adegan kena buang tu tau pulak dia pergi membuang kat tempat lain.....tp minggu lepas kegeraman kami dtg balik...dia sudah melepas kat dlm rumah daaa....huhuuhu...memang sah la tunggu masa nak kena halau keluar ni.....hubby kata kali ni kita antar jauh sikit....tengok dia boleh balik atau tidak....sib baik ada si bibik tukang basuh segalanya....chik la balik kerja dengar cerita dpd anak2 jer.....

Korang camna? Apa binatang kesukaan korang?

You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook