Ladang Anggur Tasik Beris, Sik

Wednesday, March 30, 2011

Baru teringat belum update lagi pasal lawatan ke ladang anggur ni.  Chik la lately kurang berkesempatan nak update blog....hari2 balik kerja kira nak berehat jer..hehe.....
Lawatan ni dibuat semasa hari pertama cuti sekolah baru2 ni. Kami sekeluarga ikut rombongan Smart Reader adik mira.  Naik bas beramai2....hehe....3 bijik bas sekali....kalaiu budak2 jer adalah dlm sebas kot tp bila dicampur dengan cikgu cikgi dan keluarga budak2 tu yg jadi sampai 3 bas. Anyway memang seronok.
Jom tengok gambar.....

Ni masa baru sampai...melepaskan lenguh badan dok dlm bas hampir 2 jam jugak la.  Perjalanan dpd Kulim kul 8.30 pagi dekat kul 10 pagi jugak la baru nak sampai.  Kalau korang ikut highway boleh masuk kot susur keluar ke Sik. Tp kami ikut jalan tak highway so nak cerita pun tak tahu sbb chik la tak pernah lalu ikut jalan ni.

Ni la bas rombongan kami....masa ni masing2 ambik kesempatan menyedut udara segar yg sejuk nyaman jer....rombongan kami ni turut disertai dengan budak2 smart reader sungai petani...2 bas kalau tak silap chik la. So hari tu ladang anggur ni dipenuhi dengan keluarga SRK....memang meriah...

Sebelum masuk ke kawasan ni kami diberi rasa buah anggur yg best...takder biji tau....masuk mulut...kunyah telan jer.....ni yg kat pokok belum boleh petik lagi....kat sini korang tak dibenarkan petik anggur2 ni cuma boleh tengok pegang dan bergambar. Kalau korang petik, korang kena beli anggor ni dengan harga RM40 sekilo....huhuhu....dia punye CCTV berkaki dua bermata dua ada merata2 dlm kawasan ni untuk memerhati gerak laku para pengunjung.

Geram tengok buah anggur ni...tp masa pergi tu anggur hitam ni takde dijual cuma ada anggur hijau jer..tp still sedap...

Adik mira dah geram dah dengan anggor ni..hehe...

banyak buah2 anggur bergayutan di sana sini.....

Oleh kerana tak boleh dipetik jadi kami tak la berlama2 kat kawasana ni sbb geram tengok...hehe...so lepas bergambar sana sini kami pun bergerak ke tempat jualan dia pulak.  Sorry la oleh kerana sibuk melayan budak2 3 beradik ni chik la tak sempat nak ambik gambar kedai jualannya....tp kat sini you all boleh la beli buah2 anggur yg dah siap dipack, jus anggur, air anggur, losyen anggur dan macam2 lagi....siapkan duitnye ajer hehe.....

Abis lawatan kat sini kami pergi tempat lain pulak utk makan tengahari dan aktiviti...nanti chik la update lain

You Might Also Like

3 comments

  1. Geramnya tgk anggur2 tu.. Kalau dekat boleh lah berkunjung.. Sik tu...

    ReplyDelete
  2. Yan - bila free plan la dtg sik..memang geram tengok buah anggur tu bergayut2....

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook