Apam Balik

Wednesday, March 02, 2011

Baru2 ni berkesempatan buat sendiri apam balik. Selalunya chik la beli jer kat pasar malam...tp lepas belek blog kawan2 terjumpa resepi apam balik ni. Cuba buat cara sendiri...ok la jugak sbb ikut citarasa sendiri kan. Yang penting sekali bila masak apapun anak2 suka makan dan tak membazir.

Resepinya chik la ambil kat sini Lady Little Parlour
Kat sini chik la copykan resepinya :

Bahan2:
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 sd teh soda bikarbonat
1 sd teh baking powder
1 bj telur
11/2 cwn air
sdkt mentega utk mengoles
bahan tabur kacang tanah
jagung tin

step:
1. Mesin gula & telur sampai kembang
2. Masuk soda, baking, pewarna kuning (ikut suka nak boh ke tak, chik la tak letak pun), air - mesin sebati
3. Masuk tepung - mesin sebati
4. Oles planta permukaan kuali non stick, tuang 1 senduk, nipiskan
5. Tabur sdkt gula, mentega, kacang tanah, jagung.
6. Lipat 2.

* kalau biasa beli dan tengok camna org jual tu buat, senang jer step2nyer...

ni la rupa apam balik yg chik la buat. Terkeluar2 isi perut nya...maklum la ikut citarasa sendiri.
Sedap jugak. Lepas ni tak payah dah beli2...buat sendiri puashati.


You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook